More

    Infinix GT 50 Pro rasmi di Malaysia: Dimensity 8400 Ultimate, skrin 144Hz dan bateri 6500mAh bermula RM 1,899

    Infinix secara rasmi memperkenalkan Infinix GT 50 Pro ke pasaran Malaysia sebagai peranti gaming berprestasi tinggi. Peranti memfokuskan kepada kestabilan prestasi jangka panjang yang dipacu oleh sistem penyejukan HydroFlow Liquid Cooling. Struktur penyejukan seluas 6437mm² bersama micro-pump dan aliran cecair 6.5ml/min memastikan suhu peranti kekal terkawal.

    Menariknya, Infinix GT 50 Pro menyokong aksesori GT MagCharge Cooler 2.0 yang menawarkan fungsi wireless bypass charging. Sistem turut dilengkapi penyejukan aktif 12W bagi memastikan prestasi kekal optimum. Cipsetnya menampilkan MediaTek Dimensity 8400 Ultimate berasaskan binaan 4nm dengan kelajuan sehingga 3.25GHz dan skor AnTuTu melebihi 2.2 juta.

    Selain itu, Infinix GT 50 Pro menyokong Native 144FPS untuk beberapa permainan popular seperti Mobile Legends, Call of Duty: Mobile dan Free Fire. Sokongan perisian juga dipertingkat melalui XOS 16 yang dilengkapi pelbagai ciri AI seperti AI Frame Rescue Engine, Game Thermal Control dan AI Smart Trigger bagi membantu mengurangkan frame drop.

    Mod Hardcore Esports Mode pula membolehkan sistem dioptimumkan sepenuhnya dengan menyekat notifikasi dan gangguan semasa bermain. GT 50 Pro tampil dengan konsep estetik hypercar bersama panel transparent cooling window serta pencahayaan RGB. Ia turut dilengkapi GT Trigger iaitu butang bahu sensitif tekanan dengan pelbagai fungsi.

    Spesifikasi lain termasuk skrin 6.78 inci 1.5K dengan kadar segar semula sehingga 144Hz dan kecerahan puncak 4500 nits, bateri 6500mAh dengan sokongan pengecasan 45W berwayar dan 30W wayarles serta sistem audio Dolby Atmos. Untuk fotografi, ia hadir dengan kamera utama 50MP (OIS + EIS), ultra-lebar 8MP dan kamera swafoto 13MP.

    Bagi memastikan sambungan kekal stabil, Infinix GT 50 Pro dilengkapi cip rangkaian N1 yang meningkatkan kekuatan isyarat sehingga 60%. Sebagai sebahagian daripada ekosistem GT, Infinix juga memperkenalkan aksesori tambahan seperti GTBUDS 5 dan GTWATCH 5 Pro yang direka untuk meningkatkan pengalaman gaming secara menyeluruh.

    Infinix GT 50 Pro kini tersedia di Malaysia melalui platform dalam talian dan pengedar sah dengan diskaun RM200 sehingga 10 Mei serta hadiah percuma GT MagCharge Cooler 2.0 untuk setiap pembelian. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured