More

    Infinix GTBuds 4 dilancar di Malaysia berharga RM229, bersama promosi akhir tahun

    Infinix Malaysia hari ini mengumumkan promosi akhir tahun End Year Penuh Bergaya XMAS Promotion yang akan berlangsung pada 12 Disember 2025 hingga 4 Januari 2026. Selain promosi ini, Infinix turut melancarkan fon telinga wayarles Infinix GTBuds 4 secara eksklusif di kedai-kedai Infinix Brand Stores esok.

    Infinix GTBuds 4

    GTBuds 4 direka khas untuk mereka yang inginkan pengalaman audio premium, dengan sistem pembatalan hingar aktif 30dB, teknologi Game-Exclusive Bluetooth 6.0 yang menyediakan latensi ultra-rendah untuk pengalaman gaming yang responsif dan pemacu titanium diaphragm 12.4mm bagi menyediakan pengalaman audio yang tinggi.

    Bateri dalam fon telinga dan bekas pengecasnya boleh menyediakan penggunaan sehingga 34 jam, termasuklah waktu pendengaran muzik berterusan selama 7.5 jam dan panggilan telefon selama lima jam.

    Pengecasan selama 10 minit sahaja sudah cukup untuk penggunaan selama dua jam. Ia boleh digabungkan kepada dua peranti serentak untuk peralihan mudah antara panggilan telefon, gaming dan muzik.

    Selain itu, ia turut mempunyai rating kalis air IP54 bagi membenarkan anda gunakannya walaupun bawah hujan.

    Infinix End Year Penuh Bergaya XMAS Promotion

    Infinix menawarkan pelbagai peranti pada harga promosi, seperti tali jam Infinix XBand pada potongan 30%. Selain itu, mana-mana pelanggan yang membeli siri Infinix GT 30 Series boleh dapatkan tawarkan pembelian-dengan-pembelian untuk dapatkan GTBuds 4 dan sarung GT 30 Series pada harga RM149 sahaja.

    Di samping itu, pelanggan yang membeli telefon pintar Infinix GT 30 Series atau NOTE 50 Series akan menerima peluang untuk memutar roda ganjaran Infinix dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah eksklusif.

    Anda juga akan menerima kad gores Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Diamond Chest yang boleh digunakan dalam game tersebut.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured