More

    Infinix HOT 50 5G akan dilancar di Malaysia pada 7 Oktober 2024

    Infinix Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar mampu milik Infinix HOT 50 5G pada 7 Oktober 2024. Ini merupakan telefon mampu milik terbaru daripada jenama tersebut selepas Infinix HOT 50i yang dilancar pada bulan lalu.

    Infinix HOT 50 5G menampilkan skrin 6.7 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kadar bacaan sentuh 240Hz yang boleh hasilkan paparan lancar serta responsif untuk kegunaan sewaktu bermain game.

    Spesifikasi dalamannya pula terdiri daripada cipset MediaTek Dimensity 6300 5G, RAM sehingga 16GB (apabila digabungkan dengan RAM maya) dan storan dalaman 256GB. Infinix juga mengatakan baterinya boleh digunakan sehingga lima tahun, dengan pengiktirafan daripada TÜV SÜD.

    Spesifikasi penuh dan harga untuk Infinix HOT 50 5G akan diumumkan pada hari pelancarannya. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...