More

    Infinix HOT 50 5G dilancar di Malaysia: Dimensity 6300, skrin 120Hz, kamera Sony IMX582 berharga RM599

    Selepas Infinix HOT 50i, Infinix Malaysia sekali lagi melancarkan sebuah telefon pintar mampu milik dalam siri HOT iaitu Infinix HOT 50 5G. Dengan harga RM599 sahaja, ia merupakan peranti yang sangat menarik untuk mereka yang inginkan telefon murah namun masih mencukupi untuk kegunaan harian.

    Telefon ini dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 6300 5G, RAM 8GB, storan dalaman 256GB yang boleh dibesarkan dengan kad microSD sehingga 1TB. Skrinnya pula mempunyai panel IPS LCD berukuran 6.7 inci, resolusi HD+, kadar segar semula 120Hz dan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 90.2%.

    Baterinya berkapasiti 5,000mAh dan menyokong kadar pengecasan berwayar 18W. Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 48MP dengan sensor Sony IMX582 dan kamera hadapan 8MP. Antara mod yang ditawarkan termasuklah AI Super Night Mode, Dual View Video, RAW HDR dan Video Light Effects Templates.

    Infinix mengatakan telefon ini direka khas untuk penggunaan yang lama, dengan pengiktirafan TÜV SÜD yang menjamin penggunaan selama 60 bulan. Ia juga mempunyai rating kalis air dan debu IP54.

    Ia turut mempunyai beberapa fungsi AI seperti pembantu suara Folax dan AI Voice Capture untuk mengambil gambar dengan arahan suara seperti “Cheese” atau “Capture”.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Infinix HOT 50 5G:

    • Skrin IPS LCD 6.7 inci, resolusi 720×1600, kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 480 nits
    • Cipset MediaTek Dimensity 6300 5G
    • RAM 8GB, boleh dibesarkan secara maya sehingga 16GB
    • Storan dalaman 256GB, boleh dibesarkan dengan kad microSD sehinga 1TB
    • Kamera utama 48MP sensor Sony IMX582
    • Kamera swafoto 8MP
    • Bateri 5,000mAh
    • Kadar pengecasan 18W
    • Sistem operasi Android 14 dengan XOS 14.5
    • Bicu audio 3.5mm, port USB-C
    • Pengimbas cap jari sisi
    • Rating kalis air IP54
    • Pilihan warna hitam Sleek Black, biru Vibrant Blue, hijau Sage Green dan ungu Dreamy Purple
    • Ukuran 165.7 x 77.1 x 7.82mm, berat 188 gram
    • Harga: RM599

    Infinix HOT 50 5G boleh dibeli di Lazada, Shopee, TikTok Shop serta pengedar sah Infinix Malaysia. Jika anda membelinya sebelum 15 Oktober 2024, anda akan menerima fon telinga XBuds 3 WE (bernilai RM99) secara percuma.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured