More

    Infinix lancar siri SMART 10 di Malaysia dengan AI, paparan 120Hz dan harga mampu milik bermula RM299

    Infinix Malaysia hari ini telah melancarkan siri terbaharu telefon pintar mampu milik dengan SMART 10 Series yang terdiri daripada SMART 10 dan SMART 10 Plus. Menyasarkan pengguna harian, siri ini hadir dengan teknologi pintar berasaskan AI, paparan kadar segar semula tinggi serta bateri tahan lama dengan harga permulaan serendah RM299.

    SMART 10 Plus merupakan model lebih berkuasa yang hadir dengan bateri besar 6000mAh bersama pengecasan pantas 18W, paparan 120Hz dengan kecerahan sehingga 700 nits serta dua pembesar dengan teknologi 300% Ultra Volume. Ia dikuasakan cip Unisoc T7250 dan menyokong RAM 8GB serta storan dalaman 128GB (boleh dikembangkan sehingga 2TB).

    SMART 10 pula lebih kompak dan sesuai untuk kegunaan asas. Ia turut dilengkapi paparan 120Hz, dua pembesar suara dengan Ultra Volume dan cip pemproses yang sama. Kedua-dua model menampilkan Folax iaitu pembantu maya AI oleh Infinix yang membolehkan pengguna mengarahkan telefon melalui suara untuk tugasan harian.

    Siri ini turut memperkenalkan fungsi Dynamic Bar yang memaparkan notifikasi dan maklumat masa nyata dengan lebih intuitif. Daripada segi rekaan, SMART 10 Plus hadir dalam warna Iris Blue, Titanium Silver, Sleek Black dan Ruby Red manakala SMART 10 ditawarkan dalam warna sama kecuali Twilight Gold yang eksklusif untuk jualan atas talian.

    SMART 10 Plus ditawarkan dalam dua varian iaitu 4/128GB pada harga RM349 dan varian NFC 8/128GB pada harga RM399 manakala SMART 10 pula hadir dengan konfigurasi 3/4GB storan dijual pada harga RM299. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured