More

    Infinix lancarkan Note 30, Note 30 5G dan Note 30 Pro dengan skrin 120Hz dan FastCharge All-Round

    Infinix baru sahaja melancarkan tiga telefon baharu iaitu Note 30, Note 30 5G dan Note 30 Pro dalam laman rasminya. Ketiga-tiganya diiklankan dengan teknologi FastCharge All-Round yang membawa pengecasan kadar tinggi berwayar dan wayarles.

    Varian standard dalam siri ini dilengkapi dengan cipset Helio G99 dan RAM 8GB. Skrin digunakan ialah LCD 6.78 inci dengan kadar penyegaran 120 Hz, kadar pensampelan sentuhan 240Hz dan lubang tebuk untuk kamera swafoto 16MP. Bahagian belakang dilengkapi kamera utama OmniVision OV64B 64MP dan apertur f/1.7 bagi lensa 6P di hadapan.

    Di samping itu, terdapat 2MP dan AI Cam dengan resolusi yang tidak diketahui. Bateri Infinix Note 30 telah diuji untuk 1,000 kitaran, 25% berbanding jumlah biasa dalam industri. Telefon pintar ini juga menawarkan pengecasan berwayar terbalik dan menyokong PD 3.0.

    Ia mempunyai dwi pembesar suara dibangunkan oleh JBL. Spesifikasi lain termasuk Android 13 di luar kotak, NFC, bicu audio 3.5 mm dan slot kad SD mikro. Note 30 didatangkan dalam tiga warna iaitu Magic Black, Interstellar Blue dan Sunset Gold yang berwarna oren dengan kilauan keemasan. Terdapat dua pilihan memori iaitu 128 GB atau 256 GB.

    Infinix Note 30 5G didatangkan dengan cipset Mediatek Dimensity 6080 dan skrin LCD 6.78 inci dengan kadar penyegaran 120Hz. Pilihan storan juga sama, tetapi pilihan RAM adalah sama ada 4GB atau 8GB. Note 30 5G mempunyai sensor kamera utama ISOCELL HM6 108MP oleh Samsung dengan apertur f/1.75 untuk kamera swfoto.

    Kamera 2MP dan AI Cam serta kamera swafoto 16 MP dikekalkan. Baterinya berkapsiti 5,000 mAh dengan pengecasan 45W. Sorotan lain termasuk NFC, Radio FM dan dwi pembesar suara JBL. Pilihan warna ialah biru, hitam dan oren keemasan.

    Infinix Note 30 Pro pula menampilkan cipset Helio G99 dan pengecasan 68W untuk berwayar dan wayarles. Skrinnya menggunakan panel AMOLED dengan kadar penyegaran 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan 360Hz. Telefon ini mempunyai kamera utama 108MP dan kamera swafoto 32MP serta terdapat denyar menghadap hadapan.

    Infinix Note 30 Pro memiliki ruang wap untuk penyejukan yang merangkumi 10 lapisan bahan penyejuk untuk mencapai keluasan keseluruhan 2,000sq mm. Infinix Note 30 Pro juga mempunyai dwi pembesar suara JBL, NFC, dan bicu audio 3.5 mm di bahagian bawah. Terdapat pilihan warna hitam dan biru keemasan yang berubah mengikut sudut.

    "
    "

    Harga tidak terperinci tetapi Infinix mengesahkan ketiga-tiga telefon berharga di bawah $300 (~RM1,370) manakala yang paling murah ialah Note 30 dengan tanda harga $230 (~RM1,050). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...