More

    Infinix Note 12 Pro 4G dilancar: MediaTek Helio G99, FHD+ 6.7″ dan kamera 108MP berharga ~RM1,226

    Infinix tidak dapat berhenti daripada mengembangkan barisan Note 12nya. Terdapat model standard, varian dengan MediaTek Helio G96, Note 12i, Note 12 VIP dan Note 12 Pro 5G. Bulan lalu, Infinix berjanji untuk memperkenalkan telefon MediaTek Helio G99 pertama di dunia dan Infinix Note 12 Pro 4G terbaharu muncul secara senyap-senyap dalam penyenaraian Aliexpress.

    Note 12 Pro 4G berkongsi banyak spesifikasi dengan varian 5G seperti paparan FullHD+ AMOLED 6.7 inci, dwi pembesar suara, bateri 5,000 mAh dengan pengecasan 33W dan persediaan kamera dengan sensor 108MP, f/1.8 (1.92µm, 1/1.67″), dua kamera tambahan 2MP dan kamera swafoto 16MP f/2.0.

    Penyenaraian mendedahkan beberapa perbezaan. Model 4G nampaknya lebih nipis dengan ketebalan 7.8mm. Beberapa ciri lain termasuk NFC, dua slot SIM nano dan satu mikroSD, port USB-C dan bicu audio 3.5mm.

    Perbezaan terbesar adalah pertukaran cipset kepada MediaTek Helio G99. Ia dibuat pada nod 6nm TSMC dan mempunyai dua teras Cortex-A76 2.2GHz, enam teras Cortex-A55 2.0GHz serta GPU Mali-G57 MC2. Ia juga dipasangkan dengan RAM 8GB boleh dikembangkan kepada 13GB melalui RAM maya dan 256GB storan boleh dikembangkan.

    Menurut penyenaraian, Infinix Note 12 Pro 4G boleh didapati dalam warna kelabu dan biru pada harga $275.88 (~RM1,226). Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured