More

    Infinix Note 50 Pro+ 5G dilancar sebagai telefon AI∞ pertama oleh Infinix

    Selepas memperkenalkan siri Infinix Note 50 buat kali pertama di Indonesia, kini Infinix melancarkan varian terbaru untuk siri telefon ini iaitu Infinix Note 50 Pro+ 5G. Ini merupakan telefon pertama dalam perancangan Infinix AI∞ Beta Plan yang bertujuan untuk membawa lebih banyak peranti Infinix dalam ekosistem AI.

    Ia mempunyai pembantu AI yang bernama Folax yang mampu melakukan pelbagai tugas seperti pengecaman kandungan dalam skrin, penterjemahan bahasa, suntingan gambar, penulisan nota, menjana wallpaper dan banyak lagi.

    Skrinnya menggunakan panel AMOLED berukuran 6.78 inci dengan resolusi 1080p, kadar segar semula 144Hz dan kecerahan puncak 1,300 nits. Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset MediaTek Dimensity 8350 Ultimate 5.5G yang dibina menggunakan nod proses 4nm dan membenarkan permainan PUBG Mobile pada kadar setinggi 120fps.

    Baterinya berkapasiti 5,200mAh serta menyokong kadar pengecasan pantas 100W dan pengecasan wayarles 50W. Infinix mengatakan pengecasan 0% hingga 100% mengambil masa 32 minit sahaja.

    Kamera belakangnya terdiri daripada tiga iaitu kamera utama 50MP, kamera telefoto 3x 50MP dan kamera ultra-lebar 8MP, manakala di hadapan pula terdapat kamera 32MP.

    Satu ciri unik pada telefon ini ialah sensor penjejakan kesihatan di belakangnya yang boleh mengesan tekanan oksigen dan kadar degupan jantung. Sensor ini berada di bawah kamera telefoto.

    Sistem operasinya menggunakan Android 15 dengan antara muka XOS 15 yang turut mempunyai Xboos AI Game Engine untuk meningkatkan prestasi gaming. Selain itu, ia mempunyai Super WiFi 2.0 yang menggabungkan data selular dan wayarles untuk meningkatkan kelajuan muat turun sebanyak 606% dan muat naik sebanyak 131%.

    Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...