More

    Infinix NOTE 60 Pro rasmi di Malaysia: SD 7s Gen 4, skrin Active Matrix, bateri 6500mAh dengan cas pantas 90W bermula RM1,199

    Infinix melancarkan NOTE 60 Pro di Malaysia hari ini yang menggunakan cip Snapdragon 7s Gen 4. Peranti ini mencatatkan peningkatan prestasi CPU sehingga 75% dan GPU 210% berbanding generasi sebelumnya yang dibantu sistem penyejukan 3D IceCore Vapor Chamber.

    Skrin utama menggunakan panel 1.5K Ultra HDR 144Hz dengan kecerahan 4500 nits dan perlindungan Gorilla Glass 7i. Ciri unik lain termasuk Active Matrix Display pada bahagian belakang iaitu panel LED mini tersembunyi untuk paparan notifikasi, animasi dan personalisasi kandungan.

    Spesifikasi kamera merangkumi sensor utama 50MP OIS Night Master dan lensa ultra lebar 112° yang menyokong rakaman video 4K Ultra-Steady. Bateri berkapasiti 6500mAh menyokong pengecasan berwayar 90W dan tanpa wayar 30W, dengan jangka hayat bateri sehingga 6 tahun melalui teknologi active healing.

    Badannya menggunakan rangka aluminium aloi berkekuatan tinggi, penarafan IP64 dan butang One-Tap yang boleh disesuaikan. Ia menjalankan XOS 16 dengan jaminan tiga kali kemas kini OS dan lima tahun tampalan keselamatan. Infinix turut mengesahkan model NOTE 60 Ultra versi Pininfarina akan dilancarkan kemudian selain mengumumkan Yuna daripada ITZY sebagai duta global.

    NOTE 60 pro akan tersedia di Malaysia dengan harga RM1,199 untuk varian 8/256GB dan RM1,399 untuk varian 12/256GB. Jualan rasmi bermula 27 Februari 2026 di platform Lazada, Shopee, TikTok Shop dan pengedar sah dengan empat pilihan warna seperti Solar Orange, Deep Ocean Blue, Mist Titanium serta Mocha Brown.

    Pembelian awal disertakan hadiah XWatch H5 Pro bernilai RM199 dan jaminan dua tahun sementara stok masih ada. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured