More

    Infinix NOTE Edge rasmi di Malaysia dengan Dimensity 7100 5G dan bateri 6,500mAh berharga RM999

    Infinix NOTE Edge secara rasmi telah dilancarkan di Malaysia sebagai telefon pintar kelas pertengahan baharu dengan skrin melengkung 3D, bateri 6,500mAh dan sokongan rangkaian 5G. Menariknya, NOTE Edge menjadi peranti pertama di dunia yang dilancarkan dengan cip MediaTek Dimensity 7100 5G.

    Cipnya digandingkan bersama RAM sehingga 8GB dengan sokongan peluasan RAM maya sehingga 16GB melalui MemFusion. Skor penanda aras AnTuTu V11 melebihi 810,000 mata dengan sokongan kadar bingkai sehingga 90fps untuk permainan terpilih. NOTE Edge hadir dengan paparan 3D melengkung bersaiz 6.78 inci beresolusi 1.5K, tahap kecerahan puncak sehingga 4,500 nits dan bezel simetri setipis 1.87mm.

    Skrin dilindungi Corning Gorilla Glass 7i dan menyokong sistem audio pembesar suara stereo berkembar yang ditala oleh JBL. Selain itu, peranti ini mempunyai penarafan IP65 untuk perlindungan habuk dan percikan air serta bateri berkapasiti 6,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 45W.

    Menurut Infinix, baterinya mampu mengekalkan lebih 80% kapasiti selepas 2,000 kitaran pengecasan bersamaan sekitar enam tahun penggunaan biasa. Ketebalan badan peranti adalah 7.2mm dengan berat 185 gram. Untuk perisian, Infinix NOTE Edge menjalankan XOS 16 berasaskan Android 16 dan menjanjikan tiga kemas kini versi Android sehingga XOS 19 selain lima tahun tampalan keselamatan.

    Peranti ini turut dilengkapi butang fizikal boleh suai yang memanggil pembantu AI FOLAX untuk fungsi seperti terjemahan, ringkasan dan carian berasaskan kandungan skrin. Sistem kamera terdiri daripada kamera utama 50MP dengan sensor bersaiz 1/2 inci serta sokongan mod Live Photo yang merakam klip video tiga saat bersama audio.

    Fungsi AI turut disepadukan untuk suntingan gambar pantas dan pengurusan maklumat. Infinix NOTE Edge ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Lunar Titanium, Silk Green, Stellar Blue dan Shadow Black. Ia ditawarkan pada harga RM999 dan jualan bermula 4 Februari 2026 secara dalam talian menerusi TikTok Shop Infinix Official Store serta di kedai fizikal Infinix serta pengedar sah.

    Setiap pembelian disertakan aksesori percuma bernilai RM109. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured