More

    Infinix sah bakal lancarkan telefon pintar pertama di dunia dengan cipset Helio G99

    Infinix telah mengumumkan bahawa syarikatnya akan menjadi yang pertama untuk melancarkan telefon pintar yang dikuasakan oleh cipset Helio G99 yang diperkenalkan bulan lepas oleh MediaTek bersama Dimensity 930 dan Dimensity 1050.

    Infinix tidak mendedahkan apa-apa spesifikasi tentang telefon pintar yang dikuasakan oleh Helio G99 pertama di dunia tetapi mengesahkan bahawa ia akan menjadi sebahagian daripada siri Note 12.

    Helio G99 adalah berdasarkan proses 6nm TSMC dan terdiri daripada 2x teras Cortex-A76 yang mencatat masa sehingga 2.2GHz dan 6x teras Cortex A-55 yang boleh mencapai sehingga 2GHz. Ia juga mempunyai GPU Mali-G57 MC2 untuk mengendalikan tugasan intensif grafik seperti game dan penyuntingan video.

    Helio G99 boleh menyokong resolusi maksimum 108MP untuk kamera tetapi tidak disertakan dengan sambungan 5G. Anda boleh menyemak spesifikasinya di bawah.

    Sementara menunggu butiran lanjut tentang telefon pintar siri Infinix Note 12 yang dikuasakan oleh Helio G99 ini, anda boleh lihat spesifikasi yang terdapat pada Infinix Note 12 VIP di sini yang merupakan ahli terbaharu dalam barisan Note 12.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured