More

    Infinix sahkan NOTE Edge terima 3 tahun kemas kini OS, 5 tahun keselamatan

    Infinix mengumumkan bahawa pelancaran Infinix NOTE Edge pada 4 Februari akan disertakan dengan komitmen sokongan perisian terpanjang pernah ditawarkan oleh mereka setakat ini. Menurut Infinix, NOTE Edge akan menerima tiga tahun kemas kini sistem operasi penuh serta lima tahun kemas kini keselamatan.

    Peranti ini akan dilancarkan dengan XOS 16 dan dijadual menerima kemas kini sehingga XOS 19. Pelan sokongan tersebut merangkumi kemas kini ciri baharu, penambahbaikan prestasi dan pembaharuan antara muka sepanjang tempoh penggunaan. Dalam tempoh lima tahun, peranti ini juga akan menerima tampalan keselamatan berkala bagi melindungi data dan privasi pengguna.

    Selain itu, Infinix turut mengumumkan jualan pelancaran secara TikTok Live pada 4 Februari 2026 bermula 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam menerusi akaun TikTok rasmi Infinix. Siaran langsung ini akan dikendalikan oleh pengulas teknologi, Jay Khor.

    Sepanjang siaran tersebut, Infinix akan menawarkan promosi eksklusif termasuk diskaun khas, ganjaran pembelian terhad dan hadiah sampul beg edisi terhad. Pembeli NOTE Edge semasa siaran langsung turut akan menerima botol air percuma manakala pembeli terpilih berpeluang memenangi NOTE Gift Box bernilai RM599.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured