More

    Infinix SMART 20 dilancar di Malaysia dengan skrin 120Hz dan panggilan tanpa rangkaian bermula RM399

    Infinix Malaysia hari ini melancarkan model baharu dalam siri mampu miliknya menerusi Infinix SMART 20. Peranti ini memfokuskan kepada penggunaan harian yang stabil dengan penekanan pada ketahanan fizikal, sambungan komunikasi dan jangka hayat bateri yang panjang. SMART 20 dikuasakan cip MediaTek Helio G81 Ultimate, RAM 4GB dan storan sehingga 128GB.

    Bagi paparan, ia hadir dengan skrin 6.78 inci beresolusi tinggi bersama kadar segar semula 120Hz. Antara ciri utama yang diketengahkan ialah fungsi Pure Voice Calls yang menggunakan teknologi pengecaman suara berasaskan voiceprint untuk menapis bunyi latar dan memberi keutamaan kepada suara pengguna.

    Menariknya, fungsi UltraLink Free Offline Contact membolehkan panggilan dan mesej dihantar melalui sambungan Bluetooth sehingga jarak 1 kilometer tanpa bergantung kepada rangkaian telco. SMART 20 dilengkapi penarafan IP64 bagi perlindungan terhadap habuk dan percikan air serta mampu menahan jatuhan sehingga 1.5 meter.

    Peranti ini juga mengekalkan respons sentuhan walaupun digunakan dengan tangan basah atau berminyak. Baterinya pula berkapasiti 5200mAh dan menyokong fungsi NFC Touch Transfer yang membolehkan pemindahan fail lebih pantas termasuk merentas sistem dengan peranti iPhone. Ia juga menyokong penghantaran pakej pemasangan aplikasi secara terus.

    SMART 20 ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Sunlike Orange, Cloudline Blue, Polaris Titanium dan Shadow Black dan mula dijual bermula hari ini melalui platform dalam talian serta pengedar sah di Malaysia. Di Malaysia, harganya bermula RM399 untuk varian 4/64GB manakala RM499 untuk varian 4/128GB.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured