More

    Infinix XPAD 20 kini tersedia di Malaysia dengan harga bermula RM599

    Infinix hari ini melancarkan tablet terbaharu iaitu XPAD 20 dengan harga permulaan serendah RM599. XPAD 20 menawarkan pelbagai ciri pintar, prestasi mantap dan rekaan moden dalam pakej yang mampu milik. Ia menampilkan paparan 11 inci FHD+ berasaskan teknologi LCD dengan kadar segar semula 90Hz dan dilengkapi pensijilan TÜV Rheinland Eye Care untuk melindungi mata.

    XPAD 20 menonjol melalui keupayaan AI yang disepadukan terus ke dalam pengalaman pengguna. Pengguna boleh mengaktifkan pembantu suara Folax hanya dengan arahan suara “Hi Folax” dan bertanyakan apa sahaja soalan atau tindakan. Pembantu suara menyokong carian kandungan secara multimodal termasuk imej, dokumen dan halaman web tanpa perlu menutup aplikasi.

    Tablet ini juga menawarkan penyelesaian kerja rumah berasaskan AI, penukaran imej kepada dokumen digital dan penjanaan imej melalui arahan pengguna. Ia menyertakan fungsi pengecaman skrin yang mampu menukar teks dalam tangkap layar atau dokumen tidak boleh disunting kepada kandungan yang boleh disunting serta-merta.

    Ini amat berguna bagi pelajar yang kerap bekerja dengan bahan imbasan atau PDF. XPAD 20 dikuasakan cip MediaTek Helio G88 dengan sokongan rangkaian 4G LTE. Ia hadir dalam dua pilihan varian iaitu storan 6/128GB dan storan 8/256GB. Kedua-dua varian menyokong pengembangan storan sehingga 1TB melalui kad microSD.

    XPAD 20 menggunakan sistem operasi Android 15 dan disokong dengan kemas kini sekuriti selama dua tahun serta ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Stellar Grey, Forest Green dan Dreamy Purple. Ia akan mula dijual secara rasmi pada 8 Julai 2025 menerusi Infinix Official Store di TikTok Shop serta di semua kedai jenama Infinix dan pengedar sah di seluruh negara.

    Bagi pembelian sempena pelancaran, pelanggan akan menerima hadiah percuma selagi stok masih ada. Pembeli model 128GB akan menerima sarung pelindung XPAD 20 bernilai RM99 manakala pembeli model 256GB akan menerima sarung bersama papan kekunci bernilai RM299. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nak iPhone paling “rare”? Caviar jual panel belakang dengan fosil T-Rex berharga RM19,000

    Caviar mengumumkan koleksi aksesori terbaharu untuk pengguna Apple menerusi siri Genesis iaitu panel belakang magnetik premium yang direka khas untuk iPhone 17...

    HONOR X80 Pro Max bakal tiba sebagai telefon pertama dunia dengan paparan 10,000 nits

    HONOR kini mengesahkan beberapa ciri utama untuk HONOR X80 Pro Max menjelang pelancaran rasmi pada 22 Jun ini. Paling mencuri perhatian, peranti...

    Era iPhone murah dah habis? Apple akui kenaikan harga sukar dielak

    Apple mungkin akan menaikkan harga beberapa produknya pada masa akan datang selepas Ketua Pegawai Eksekutif, Tim Cook, mengakui bahawa kenaikan harga kini...

    TikTok Shop kurangkan kadar komisen untuk beberapa kategori bermula 20 Jun ini

    TikTok mengumumkan pengurangan kadar komisen untuk beberapa kategori produk di platform TikTok Shop dengan perubahan tersebut dijadual berkuat kuasa mulai 20 Jun...

    WhatsApp kini sedang uji mesej teks “View Once” pada iPhone

    WhatsApp dilaporkan mula menguji ciri baharu View Once untuk mesej teks di iOS. Seperti namanya, ciri ini membolehkan mesej dihantar dan hanya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...