More

    Infinix XPAD 20 Pro rasmi di Malaysia dengan skrin 2K 12″ dan AI pintar berharga RM999

    Infinix baru-baru ini mengumumkan pelancaran XPAD 20 Pro di Malaysia yang merupakan tambahan baharu dalam siri tablet XPAD. Ia menampilkan skrin lebih besar, prestasi lebih pantas dan sokongan AI dipertingkat.

    XPAD 20 Pro tiba dengan paparan 12 inci beresolusi 2K (1200×2000) pada kadar segar semula 90Hz dan mendapat pensijilan TÜV Rheinland untuk Low Blue Light serta Flicker-Free yang menawarkan pengalaman tontonan selesa untuk mata. Rekaannya nipis hanya 6.58mm dengan berat 545g berbadankan binaan logam dalam pilihan warna Titanium Gray dan Mist Blue.

    Sistem audio menampilkan quad-speaker DTS 360° pula memastikan bunyi terbaik untuk hiburan, permainan dan panggilan video. Tablet ini dikuasakan cip MediaTek Helio G100 Ultimate berasaskan teknologi 6nm dengan RAM 8GB yang boleh ditambah dengan RAM maya sehingga 8GB (keseluruhan 16GB) dan storan dalaman 256GB.

    Ia turut menyokong sambungan 4G dan Wi-Fi manakala bateri 8000mAh hadir dengan pengecasan pantas 18W. XPAD 20 Pro juga membawa rangkaian ciri AI seperti pembantu suara Folax untuk carian dan terjemahan, AI Homework Solver dan Image-to-Doc untuk pelajar serta AI Writing dan AI Art bagi pencipta kandungan.

    Fungsi kolaborasi rentas peranti seperti Phone Cast, papan klip bersama, pertukaran aplikasi dan perkongsian fail segera membolehkan pengguna beralih dengan mudah antara telefon dan tablet. Di Malaysia, XPAD 20 Pro ditawarkan dalam konfigurasi 8/256GB dengan harga rasmi RM999.

    Sebagai promosi pelancaran, pembeli akan menerima papan kekunci XPAD 20 Pro Keyboard dan X Pencil 20 bernilai RM599 secara percuma selagi stok masih ada. Jualan bermula 16 September 2025 menerusi kedai rasmi Infinix di Lazada, Shopee, TikTok Shop, selain kedai jenama Infinix dan pengedar sah.

    Selain itu, XPAD 20 yang dilancar pada Julai lalu kekal dijual pada harga RM599 sebagai pilihan lebih bajet dengan spesifikasi menarik. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet terbaharu daripada Infinix ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...