More

    Infinix XPAD 30E kini tersedia di Malaysia sebagai tablet pendidikan, harga bermula RM699

    Infinix memperkenalkan Infinix XPAD 30E untuk pasaran Malaysia yang tiba sebagai tablet pendidikan mampu milik dengan integrasi AI dan kandungan pembelajaran terbina. XPAD 30E hadir dengan skrin 11 inci FHD+ bersama pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light bagi mengurangkan pendedahan cahaya biru. Ia turut menyokong sambungan 4G LTE selain WiFi.

    Baterinya pula berkapasiti 7,200mAh untuk penggunaan sepanjang hari serta storan sehingga 256GB dengan sokongan RAM diperluas sehingga 16GB. Untuk ketahanan, ia telah melalui 45 ujian termasuk jatuhan, suhu dan tekanan. Fokus utama XPAD 30E terletak pada integrasi sistem pembelajaran yang hadir dengan aplikasi Infinix Learning Center yang menawarkan lebih 120,000 kandungan pendidikan merangkumi lebih 30 subjek untuk pelajar berusia 2 hingga 16 tahun.

    Selain itu, aplikasi Hi Tutor menyediakan lebih 100,000 latihan matematik yang disusun mengikut silibus. Ciri AI Tutor menjadi komponen utama dengan fungsi seperti pengimbasan soalan melalui kamera untuk penyelesaian langkah demi langkah, carian pintar berasaskan paparan skrin serta interaksi suara melalui arahan “Hi Folax”. Sistemnya turut menyokong mod berasingan untuk pelajar dan ibu bapa bagi mengawal cara jawapan diberikan.

    Infinix XPAD 30E juga menyertakan antara muka khas pembelajaran melalui EduDesk yang menggantikan paparan biasa dengan persekitaran bebas gangguan. Ia menggabungkan lebih 6,000 video pendidikan serta 14 permainan pembelajaran selain integrasi aplikasi seperti Google Classroom, Google Play Books dan YouTube Kids.

    Infinix XPAD 30E dijual pada RM699 untuk varian 8/128GB dan RM999 untuk varian 16/256GB. Peranti ini mula dijual di Malaysia bermula 23 April 2026 melalui platform dalam talian dan pengedar sah. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...