More

    Infinix XPAD Edge akan dilancar di Malaysia pada 18 Disember 2025

    Infinix Malaysia bakal melancarkan tablet mampu milik Infinix XPAD Edge pada hari Khamis, 18 Disember 2025. Ia merupakan tablet yang dikhaskan untuk para pelajar, mereka yang baru mula bekerja dan pencipta kandungan.

    Tablet ini mempunyai skrin berukuran 13.2 inci dengan resolusi 2.4K, nisbah skrin 3:2 dan perlindungan mata TÜV Rheinland untuk memudahkan anda menonton skrin ini dengan lama. Badannya pula senipis 6.19mm dan mempunyai berat 588 gram sahaja, membuatkannya sangat mudah dibawa ke mana-mana.

    Ia didatangkan dengan aplikasi WPS Office untuk memudahkan anda buat kerja-kerja produktiviti dan hubungkan dengan PC sebagai skrin kedua. Ia turut mempunyai beberapa fungsi kecerdasan buatan (AI) untuk bantu anda seperti sistem pembantu suara Folax, Hi Translation, AI Smart Screen Recognition dan AI Creation.

    Selain itu, ia mempunyai empat pembesar suara yang boleh hasilkan volume sehingga 300% untuk audio yang lantang dalam semua situasi.

    Untuk hubungan, ia menyokong rangkaian 4G + Wi-Fi supaya anda boleh kekal berhubung di mana-mana sahaja.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...