More

    Infinix Xpad GT mungkin akan dilancar sebagai tablet “gaming” pertama Infinix

    Infinix dikhabar bakal melancarkan tablet Infinix Xpad GT iaitu tablet yang ditujukan khas untuk kegunaan gaming. Tablet ini adalah tablet yang kedua oleh Infinix, selepas Infinix Xpad dilancar sebagai tablet pertama oleh jenama tersebut pada tahun lalu.

    Ia bakal mempunyai cipset yang agak berkuasa iaitu Qualcomm Snapdragon 888. Walapun ia bukanlah cipset tercanggih oleh Qualcomm pada waktu ini (ia merupakan cipset yang banyak digunakan dalam telefon flagship pada 2021), ia masih boleh menjana prestasi yang tinggi untuk kebanyakan game.

    Infinix Xpad GT

    Skrinnya pula mempunyai kadar segar semula setinggi 144Hz dan menyokong penggunaan multi-tugas. Ia turut dilengkapi bateri besar 10,000mAh dan pengecasan pantas 33W.

    Untuk memori, tablet ini mempunyai RAM 8GB dan storan dalaman 256GB. Ia turut mempunyai sistem kecerdasan buatan Folax AI untuk tugasan harian, serta lapan pembesar suara.

    Tablet ini dikhabarkan akan datang bersama telefon pintar Infinix GT 30 Pro dan fon telinga wayarles Infinix GT Buds.

    Beritahu kami di Facebook jika tablet ini menarik minat anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured