More

    Infinix Zero 30 5G rasmi dengan sokongan rakaman video swafoto 4K 60fps, bermula ~RM1,348

    Baru-baru ini, Infinix telah melancarkan telefon pintar Zero 30 5G untuk pasaran global. Sebelum ini, Zero 30 5G disebut-sebut sebagai peranti yang ideal untuk vlogger dengan kerana terdapat beberapa ciri yang dipertingkatkan terutama spesifikasi kamera.

    Infinix Zero 30 5G menawarkan paparan AMOLED 6.78 inci dengan sisi melengkung dan potongan lubang tebuk pada bahagian tengah. Ia mempunyai resolusi FHD+, kadar penyegaran 144Hz dan kecerahan puncak 950 nits. Skrin juga disepadukan dengan pengimbas cap jari. 

    Kedua-dua panel hadapan dan belakang dilindungi oleh Gorilla Glass untuk perlindungan. Infinix Zero 30 5G menampilkan kamera utama 108MP OIS dengan zum dalam-sensor 3x dipasangkan dengan unit sudut ultra lebar 13MP dan lensa AI. Bahagian hadapan terdapat kamera swafoto 50MP dengan sokongan rakaman video 4K pada 60fps. 

    Untuk pengetahuan, kebanyakan telefon pintar menawarkan rakaman video 1080p melalui kamera hadapan. Infinix Zero 30 5G dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 8020, RAM sehingga 12GB ditambah dengan RAM maya 9GB. Storan tersedia pada kapasiti 256GB dan baterinya berkapsiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 68W. 

    Ia beroperasi menggunakan XOS 13 berdasarkan Android 13. Infinix Zero 30 5G ditawarkan dalam warna Rome Green dan Golden Hour. Harga peranti ini bermula pada Rs 23,999 (~RM1,348) untuk varian 8/256GB manakala pilihan varian 12/256GB berharga Rs 24,999 (~RM1,404). Namun, kita perlu menunggu ketersediaanya secara rasmi di pasaran Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...