More

    Infinix ZERO 40 5G akan dilancar di Malaysia pada 29 Ogos 2024, dilengkapi fungsi khas GoPro

    Infinix Malaysia hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar kelas pertengahan Infinix ZERO 40 5G pada 29 Ogos 2024. Syarikat itu turut mendedahkan rekaan, pilihan warna dan kebolehan kamera pada telefon tersebut.

    Dalam menghasilkan rekaan ZERO 40 5G, Infinix bekerjasama dengan firma ramalan trend WGSN untuk menawarkan tiga pilihan warna iaitu Violet Garden, Moving Titanium dan Rock Black.

    Buat masa ini, spesifikasi yang sudah disahkan adalah cipset MediaTek Dimensity 8200 dan RAM 12GB yang boleh dibesarkan secara maya sebanyak 12GB lagi, seperti yang ditunjukkan dalam video pendek di Instagram:

    Kameranya terdiri daripada kamera utama 108MP OIS dan kamera ultra-lebar 50MP. Untuk fungsi videografi, kamera belakang dan hadapan telefon ini boleh merakam video dalam resolusi 4K 60FPS dengan teknologi penstabilan ProStable bagi menghasilkan video yang tidak bergegar.

    Lebih menarik, Infinix juga bekerjasama dengan jenama kamera aksi GoPro bagi menawarkan fungsi GoPro Mode dalam telefon ini. Fungsi tersebut membenarkan pengguna untuk melaraskan tetapan kamera GoPro dan gunakan telefon ini sebagai monitor untuk kamera tersebut.

    Sempena pelancaran ZERO 40 5G, Infinix akan menganjurkan acara Strollin Market di PARC @ Subang Ria pada 29 Ogos hingga 1 September 2024. Pengunjung boleh meluangkan masa dengan membeli makanan, minuman dan kraftangan serta menikmati persembahan muzik secara langsung.

    Pengunjung juga boleh menyertai pertandingan Infinix ZERO 40 5G VLOG Contest Giveaway di mana anda berpeluang memenangi produk Infinix ZERO Series bernilai RM30,000. Untuk menyertainya, ikuti langkah-langkah berikut:

    1. Lawat Infinix Strollin Market
    2. Cipta sebuah video TikTok di situ
    3. Muat naik video itu ke TikTok
    4. Gunakan hashtag #InfinixMVA #YourStoryYourStyle #InfinixZero405G #InfinixStrollinMarket dalam kapsyennya
    5. Ikuti akaun TikTok Infinix Malaysia

    Anda boleh pergi ke laman web Infinix Malaysia, Facebook, Instagram atau TikTok untuk mengikuti perkembangan mengenai telefon ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...