More

    Infinix ZERO 40 5G dilancar di Malaysia: Dimensity 8200 Ultimate, rakaman 4K, cas pantas 45W berharga RM1,699

    Infinix Malaysia hari ini melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru iaitu Infinix ZERO 40 5G. Ia dilengkapi beberapa spesifikasi yang sangat menarik untuk telefon kelas pertengahan dan dijual pada harga mampu milik iaitu RM1,699.

    Ciri utama pada ZERO 40 5G adalah ia menggunakan cipset MediaTek Dimensity 8200 Ultimate 5G yang boleh menjana prestasi mantap untuk kegunaan harian anda, serta mampu memainkan pelbagai game dengan prestasi memuaskan.

    Telefon ini juga ditujukan kepada pencipta kandungan yang aktif merakam vlog pada setiap hari. Ia boleh merakam video dalam resolusi 4K pada kamera hadapan dan belakang, serta menawarkan Vlog Mode untuk menghasilkan suntingan vlog menarik dengan lebih mudah. Ia mempunyai kamera utama 108MP, kamera ultra-lebar 50MP manakala di hadapan pula ialah kamera swafoto 50MP.

    Telefon ini juga boleh dipautkan dengan kamera aksi GoPro supaya anda boleh laraskan pelbagai tetapan kamera tersebut dengan lebih mudah dari jarak jauh.

    Di hadapan, ia mempunyai skrin AMOLED yang melengkung di bahagian sisi dengan kadar segar semula 144Hz dan gamut warna DCI-P3 100% untuk kualiti penghasilan imej yang cantik.

    Ia juga mempunyai bateri 5,000mAh yang menyokong kadar pengecasan pantas 45W dan pengecasan wayarles 20W. Bateri ini juga mempunyai fungsi Bypass Charging yang akan berhenti mengecas bateri jika anda menonton video atau bermain game sambil mengecas, bagi melindungi bateri dan mengawal suhu telefon.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Infinix ZERO 40 5G:

    • Skrin AMOLED Full HD+, kadar 144Hz, gamut warna DCI-P3 100%, dibina dengan kaca Corning Gorilla Glass Victus
    • Cipset MediaTek Dimensity 8200 Ultimate 5G 4nm
    • RAM 12GB, boleh dibesarkan secara maya sebanyak 12GB lagi
    • Storan dalaman 256GB
    • Kamera utama 108MP + kamera ultra-lebar 50MP
    • Kamera swafoto 50MP
    • Bateri 5,000mAh
    • Pengecasan pantas 45W, pengecasan wayarles 20W, pengecasan berbalik 10W
    • Sistem operasi Android 14, akan menerima kemas kini selama 3 tahun
    • Pilihan warna Moving Titanium, Rock Black, Violet Garden
    • Harga: RM1,699

    Buat masa ini, Infinix Malaysia menganjurkan promosi terhad di mana pelanggan akan menerima ZERO 40 5G Creator Kit (Gimbal Stabilizer & Magnetic Powerbank, bernilai RM499) dan CarlCare SVIP Service secara percuma.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured