More

    Infinix ZERO FLIP bakal dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 1 Oktober ini

    Infinix, jenama teknologi yang direka untuk pengguna muda teruja untuk memperkenalkan telefon boleh lipat pertamanya iaitu Infinix ZERO FLIP secara rasmi di Malaysia. Berikutan kejayaan siri Infinix ZERO 40 yang terkenal dengan keupayaan “Vlog Like A Pro dalam 4K”, Infinix ZERO FLIP meningkatkan lagi penciptaan kandungan dengan spesifikasi yang ditawarkan.

    Infinix kini sedang bersiap sedia untuk melancarkan Infinix ZERO FLIP di Malaysia yang akan berlangsung pada 1 Oktober 2024 ini. Infinix ZERO FLIP didatangkan dengan skrin penutup 3.64 inci untuk interaksi pantas dan kadar segar semula 120Hz.

    Kamera 4K hadapan dan belakangnya dilengkapi dengan keupayaan video ProStable yang dioptimumkan untuk menangkap kandungan vlog berkualiti tinggi. Selain itu, engsel Zero-Gap memastikan lipatan skrin yang minimum, menambah ketahanan dan kecanggihan.

    Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai spesifikasi yang ditawarkan, sama-sama nantikan pada 1 Oktober ini untuk kemunculan rasmi Infinix ZERO FLIP dalam pasaran Malaysia. Nantikan lebih banyak kemas kini mengenai peranti ini melalui laman rasmi Infinix Malaysia, Facebook, Instagram dan TikTok.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...