fbpx
More

    Ingin beli telefon pintar dengan ciri AI, tapi harga bawah RM2,000? Ini caranya

    Fungsi kecerdasan buatan atau lebih dikenali sebagai artificial intelligence (AI) merupakan ciri yang diutamakan oleh setiap jenama telefon pintar sepanjang tahun ini kerana ia menawarkan pelbagai ciri-ciri canggih untuk memudahkan kegunaan harian. Dengan AI, anda boleh buang objek yang tidak diingini dalam gambar, cipta lukisan yang cantik daripada contengan ringkas, karang mesej teks yang sesuai dengan situasi berlainan dan banyak lagi.

    Sungguh pun begitu, ciri AI masih lagi baharu dan ia hanya ditawarkan dalam telefon pintar flagship yang mahal, sering kali pada harga RM3,000 ke atas, jadi ia menyukarkan ramai pengguna untuk mencuba fungsi AI ini. Memang ada cara untuk membelinya pada harga yang lebih murah, namun ia mungkin agak kompleks.

    Anda boleh jual telefon yang anda guna sekarang dan dapatkan sejumlah wang daripadanya, namun jumlah wang yang boleh diperolehi itu bergantung kepada model telefon, usia dan keadaan luarannya. Lebih lama usia telefon anda, lebih sedikit wang yang boleh diperolehi. Selepas mendapatkan wang, anda masih perlu membeli telefon baharu pada harga runcit yang sangat tinggi berbanding wang yang anda perolehi tadi.

    Satu lagi benda yang anda boleh lakukan adalah simpan sahaja telefon lama dan jadikannya sebagai telefon kedua, namun ini bermaksud anda tidak akan mendapatkan sebarang wang daripadanya.

    Tetapi, bagaimana jika kami beritahu anda tentang cara untuk mendapatkan telefon yang dilengkapi fungsi AI terkini, namun dengan harga bawah RM2,000 sahaja? Telefon yang kami maksudkan ini adalah Samsung Galaxy S24 FE dan Samsung Malaysia kini sedang menganjurkan promosi tukar beli (trade-in) khas yang membenarkan anda mendapatkannya pada harga tersebut.

    Samsung Galaxy S24 FE boleh jadi milik anda serendah RM2,000!

    Jika anda memiliki mana-mana siri telefon pintar Samsung Galaxy A dan ingin melakukan tukar beli, anda boleh beli Samsung Galaxy S24 FE pada harga serendah RM2,000. Dengan harga seperti telefon kelas pertengahan sahaja, anda sudah boleh nikmati semua fungsi Galaxy AI yang ditawarkan dalam Galaxy S24 FE.

    Untuk semak nilai tukar beli yang boleh didapati pada telefon pintar, anda boleh layari laman web Samsung Galaxy S24 FE. Anda boleh tatal (scroll) ke bawah sehingga anda jumpa bahagian Samsung Trade-in. Tekan butang “Yes, please”, masukkan poskod kediaman, tekan ikon “Smartphone” kemudian anda boleh cari model telefon anda.

    Sebagai contoh, jika anda menggunakan Galaxy A55 sekarang, anda boleh dapatkan nilai tukar beli sebanyak RM970. Apa yang menarik sekarang adalah Samsung turut menawarkan rebat tambahan sebanyak RM300 untuk sebarang peranti yang ingin ditukar beli, jadi anda boleh dapatkan nilai tukar beli keseluruhan sebanyak RM1,270!  Dengan kaedah ini, harga Galaxy S24 FE (256GB) yang pada asalnya RM2,999 boleh diturunkan kepada RM1,729!

    Dapatkan rebat RM300 apabila anda tukar dengan peranti lama!
    Anda boleh dapatkan nilai tukar beli sehingga RM970 daripada Galaxy A55

    Lebih menarik, pelan tukar beli ini boleh dilakukan dengan peranti sebarang jenama, bukan sahaja Samsung Galaxy. Jadi jika anda guna telefon jenama lain dan ingin mula menggunakan fungsi Galaxy AI yang ditawarkan dalam telefon pintar Samsung sahaja, ini adalah waktu yang baik untuk menukar jenama peranti anda.

    Antara fungsi Galaxy AI yang anda harus cuba termasuklah:

    • Call Assist: Galaxy S24 FE akan sediakan terjemahan dalam masa nyata sewaktu anda membuat panggilan telefon dengan orang yang bertutur bahasa lain
    • Chat Assist: Terjemah mesej dengan lebih pantas dan karang teks berdasarkan situasi yang berasingan, seperti profesional atau santai
    • Interpreter: Penterjemahan bahasa asing dengan lebih pantas, walaupun tanpa internet
    • Note Assist: Kemaskan nota panjang anda kepada bentuk yang lebih mudah dibaca seperti point form, semak ejaan dan terjemah kepada bahasa lain
    • Transcript Assist: Cipta teks yang tepat daripada rakaman audio, walaupun terdapat dua orang yang bercakap dalam rakaman tersebut
    • Browsing Assist: Hasilkan ringkasan daripada artikel yang panjang supaya anda boleh jimat masa sewaktu mencari maklumat
    • Photo Assist: Hiaskan gambar anda dengan melukis lakaran ringkas, kemudian Galaxy S24 FE akan membuat hiasan lanjut daripada lakaran tersebut
    • Drawing Assist: Anda boleh buat lakaran ringkas dalam aplikasi Notes, kemudian Galaxy S24 FE akan hasilkan lukisan yang lebih jelas berdasarkan lakaran asal
    • Generative AI Wallpaper: Hasilkan wallpaper unik menggunakan teknologi AI generatif, anda boleh pilih sendiri elemen-elemen kegemaran kemudian Galaxy S24 FE akan hasilkan beberapa wallpaper untuk anda pilih
    Samsung Galaxy S24 FE dilengkapi semua fungsi Galaxy AI yang terdapat dalam telefon flagship Samsung lain
    Call Assist boleh menterjemah bahasa asing dengan cepat
    Chat Assist boleh menterjemah mesej teks dengan mudah, serta menukar tona bergantung keapda situasi
    Anda boleh luruskan gambar yang senget ini, kemudian dengan Photo Assist, ruang kosong itu akan dipenuhkan oleh fungsi Generative Fill
    Anda boleh lukis sebarang objek pada gambar, kemudian Galaxy AI akan menukar lukisan tersebut kepada sebuah objek yang lebih cantik
    Sketch to Image menukarkan lakaran ringkas kepada lukisan yang lebih lengkap
    Beberapa contoh lukisan yang dibuat dengan Galaxy AI Portrait Studio

    Selain pelbagai fungsi Galaxy AI canggih, Galaxy S24 FE juga akan menerima kemas kini Android selama tujuh tahun, bermaksud anda boleh gunakan telefon ini sehingga 2031! Jadi, telefon ini sesuai dianggap sebagai pelaburan jangka panjang kerana anda boleh gunakan telefon ini dengan tempoh yang sangat lama.

    Daripada segi prestasi, Galaxy S24 FE menawarkan prestasi pantas yang setanding dengan telefon flagship lain seperti Galaxy S24+ dan Galaxy S24 Ultra, jadi segala aplikasi boleh dibuka dengan lancar manakala pengalaman gaming juga sangat bagus dengan tetapan grafik yang tinggi dan kadar bingkai yang konsisten.

    Selain itu, sebagai pelanggan Galaxy S24 FE, anda boleh dapatkan diskaun untuk peranti-peranti lain dalam ekosistem Samsung Galaxy, seperti jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch, fon telinga Samsung Galaxy Buds dan tablet Samsung Galaxy Tab.

    Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai promosi tukar beli ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja oleh Samsung Malaysia]

     
    10 top hit harian

    Artikel Terkini

    5 petua menggunakan teknologi ketika musim banjir

    Banjir sering kali datang tanpa amaran yang jelas tetapi teknologi boleh menjadi alat yang sangat berguna untuk membantu kita bersedia, bertahan dan...

    JBL Horizon 3 diperkenal untuk bantu tidur dengan “Sunrise Alarm” berharga ~RM645

    JBL telah melancarkan produk terbaharunya, JBL Horizon 3, yang direka untuk meningkatkan kualiti tidur dan gaya hidup pengguna. Dengan reka bentuk minimalis...

    Malaysia berdepan sekatan teknologi AS, aspirasi hab data global terjejas

    Usaha Malaysia untuk menjadi hab pusat data global mungkin terjejas selepas Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, mengeluarkan arahan baru yang menghadkan akses...

    Xiaomi lancar siri Redmi Buds 6 dan Redmi Watch 5 di Malaysia, harga bermula...

    Selain daripada siri Redmi Note 14, Xiaomi turut melancarkan Redmi Buds 6, Redmi Buds 6 Pro dan Redmi Watch 5 dalam pasaran...

    Siri Redmi Note 14 rasmi di Malaysia dengan SD 7s Gen 3, kamera 200MP...

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran siri Redmi Note 14 dan beberapa aksesori tambahan seperti siri Redmi Buds 6, Redmi Watch 5, bank...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured