fbpx
More

    Inginkan telefon yang boleh ambil gambar potret paling cantik? vivo V29 5G ialah telefon untuk anda

    Sewaktu vivo Malaysia melancarkan vivo V27 5G pada bulan Mac lalu, ia memperkenalkan teknologi Aura Light Portrait iaitu sebuah lampu khas di bahagian belakang telefon. Berlainan dengan lampu denyar (flash) LED yang boleh didapati pada setiap telefon pintar untuk memberikan cahaya segera dalam situasi gelap, Aura Light Portrait berfungsi dengan menyuluhkan cahaya lembut pada subjek supaya anda boleh dapatkan gambar mod potret yang terbaik, walaupun dalam situasi malap.

    Kini fungsi Aura Light Portrait dipertingkatkan lagi dengan telefon kelas pertengahan baharu oleh vivo Malaysia iaitu vivo V29 5G. Ia bukan sahaja menawarkan prestasi kamera potret yang mantap untuk telefon kategori ini, malah menampilkan rekaan yang sangat cantik untuk dipadankan dengan fesyen anda. Jika anda masih tidak mengenali peranti ini, berikut adalah beberapa ciri yang membuatkannya unik berbanding telefon kelas pertengahan lain:

    Aura Light Portrait 2.0 dengan warna lampu yang boleh berubah

    Lampu Aura Light 2.0 yang terdapat di bawah lensa

    Jika sebelum ini Aura Light Portrait hanya boleh menyuluhkan lampu dalam satu warna, kini vivo V29 5G menampilkan Aura Light Portrait 2.0 yang boleh berubah warna bagi menyuluhkan cahaya yang paling sesuai untuk situasi berlainan. Fungsi ini digelar Smart Colour Temperature Adjustment dan ia boleh melaraskan warna di antara putih, kuning, oren dan merah untuk dipadankan dengan tona kulit anda.

    Warna untuk lampu Aura Light ini boleh ditetapkan secara automatik oleh vivo V29 5G, atau anda boleh tetapkan sendiri warna yang diinginkan.

    Lampu Aura Light 2.0 di belakang vivo V29 5G. Warnanya boleh berubah mengikut situasi pencahayaan dan tona kulit, daripada merah (kanan) hinggalah putih (kiri)
    Anda boleh tetapkan warna Aura Light (kiri) atau biarkan vivo V29 5G pilih warna Aura Light secara automatik (kanan)

    Dengan cahaya ini, ia menyerupai cahaya studio dan memudahkan anda untuk mengambil gambar potret yang cantik walaupun dalam situasi malap. Memandangkan cahaya daripada Aura Light Portrait 2.0 ini lebih lembut berbanding lampu denyar, gambar potret anda nampak lebih natural dan tidak mempunyai cahaya yang keterlaluan.

    Lampu Aura Light pada belakang vivo V29 5G ini juga adalah yang terbesar dalam rangkaian produk vivo V, jadi ia boleh menyalakan lampu dengan lebih luas dan ia boleh menerangkan mod potret untuk beberapa orang dalam gambar. Lampu ini menghasilkan cahaya yang lebih terang sebanyak 36 peratus berbanding vivo V27 sebelum ini, jadi anda tidak perlu risau lagi jika anda berada dalam suasana malap.

    Selain itu, ia juga mempunyai pengesanan sempadan (edge detection) yang tepat supaya subjek boleh dipisahkan daripada latar belakang dengan lebih kemas. Berikut adalah contoh perbandingan gambar potret yang diambil dengan Aura Light Portrait 2.0:

    Perbandingan mod potret jika tiada lampu (aatas) dan Aura Light diaktifkan (bawah)
    Contoh gambar kamera utama 50MP

    Kamera dengan fungsi yang lengkap

    vivo V29 5G dilengkapi kamera utama 50MP yang boleh mengambil gambar yang cantik dalam setiap situasi, sama ada terang atau malap. Ia dilengkapi penstabilan imej optikal (OIS) yang bermaksud gambar anda akan sentiasa nampak jelas, walaupun apabila anda sekadar memegang telefon ini tanpa sokongan tripod sewaktu mengambil gambar. Penstabilan ini juga digabungkan dengan penstabilan imej elektronik (EIS) untuk mengurangkan getaran sewaktu merakam video.

    Di samping itu, ia mempunyai beberapa fungsi tambahan seperti Supermoon untuk mengambil gambar bulan dengan lebih jelas, Astro untuk mengambil gambar bintang-bintang di langit dan Food Mode untuk mencantikkan gambar makanan dengan Aura Light. Turut melengkapkan sistem kamera dalam telefon ini adalah kamera ultra-lebar 8MP dan kamera monokrom 2MP.

    Contoh gambar kamera utama 50MP
    Contoh gambar kamera utama 50MP

    Di hadapan, ia mempunyai kamera swafoto 50MP dengan jumlah megapiksel yang lebih tinggi berbanding kebanyakan kamera swafoto pada telefon lain. Ini bermaksud anda boleh mengambil gambar swafoto dengan butiran yang lebih jelas, dan dengan medan penglihatan seluas 92°, anda boleh ambil gambar wefie dengan lebih mudah bersama rakan-rakan.

    Contoh gambar selfie

    Rekaan Starry Purple untuk penampilan yang menarik

    vivo V29 5G meneruskan lagi legasi vivo sebagai pembina telefon kelas pertengahan dengan rekaan yang premium. Di belakang, telefon ini mempunyai warna dwi-tona putih dan ungu Starry Purple dengan permukaan yang berkilauan, membuatkannya nampak setaraf atau lebih cantik berbanding telefon lain yang lebih mahal.

    Selain warna ungu, telefon ini turut ditawarkan dalam warna hitam Noble Black jika anda lebih gemarkan penampilan yang gelap.

    Rekaan vivo V29 5G yang nampak premium dan berkilauan
    Bahagian sisi yang mempunyai lengkungan 3D Curved Screen dan rangka aluminium
    Hiasan “glitter” boleh dilihat pada permukaan vivo V29 5G

    Di bahagian sisi pula, ia mempunyai rangka besi dan skrin yang melengkung (curved) bagi memberikan pengalaman genggaman yang lebih selesa. Ini juga membuatkan telefon ini sekadar mempunyai ketebalan 7.46mm sahaja supaya ia lebih mudah dipegang dan dimasukkan dalam poket atau beg.

    Selain itu, dengan berat 186 gram sahaja, membuatkan ia lebih ringan berbanding telefon lain dan mudah untuk digunakan dengan satu tangan.

    vivo V29 5G akan dijual dalam pasaran Malaysia pada harga:

    • 12GB+256GB: RM1,899
    • 12GB+512GB: RM2,099

    Pra-tempahan untuk vivo V29 5G telah dibuka bermula hari ini dan setiap pelanggan yang membuat pra-tempahan akan mendapatkan pelbagai hadiah berjumlah RM995 yang terdiri daripada:

    • Waranti lanjutan vivo Care 1+1 bernilai RM199
    • Perlindungan skrin vivo Care selama 1 tahun bernilai RM399
    • Pelindung skrin vivo V29 5G bernilai RM69
    • Sarung pelindung (protective cover) vivo V29 5G bernilai RM69
    • Fon telinga wayarles TWS bernilai RM259

    vivo V29 5G akan mula dijual secara rasmi pada 28 September 2023. 20 pelanggan pertama yang membeli telefon ini di kedai-kedai vivo Concept Store terpilih akan menerima tambahan storan secara percuma. Kedai-kedai ini termasuklah:

    • vivo Concept Store KL East Mall
    • vivo Concept Store Gurney Plaza
    • vivo Concept Store KL Midvalley
    • vivo Sales and Service Centre Johor Midvalley Southkey
    • vivo Flagship Store Pavilion KL
    • vivo Concept Store Sunway Pyramid

    Layari laman web vivo Malaysia Official eStore untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan vivo V29 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja oleh vivo Malaysia]

     

    Artikel Terkini

    KWSP bakal umumkan Akaun 3 pada hari ini sebagai Akaun Fleksibel

    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersedia untuk mendedahkan Akaun 3 atau akaun Fleksibel pada 25 April hari ini, menandakan penstrukturan semula yang...

    AS akan haramkan TikTok jika ia tidak dilepaskan daripada syarikat China

    Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden telah menandatangani satu rang undang-undang yang akan mengharamkan penggunaan platform media sosial TikTok dalam negara itu,...

    Qualcomm umumkan Snapdragon X Plus, cipset komputer riba berasaskan ARM

    Qualcomm Technologies, Inc. memperkenalkan Snapdragon X Plus, mengembangkan portfolio platform siri Snapdragon X yang terkenal. Snapdragon X Plus adalah CPU Qualcomm Oryon...

    WhatsApp sedang uji ciri berkongsi fail tanpa sambungan internet

    WhatsApp sedang bersiap untuk kemas kini penting yang satu memberi tumpuan kepada membolehkan perkongsian fail melalui rangkaian tempatan dan menambah ciri mengambil...

    CelcomDigi perkenalkan pakej “roaming” khas untuk jemaah umrah dan haji

    Syarikat telekomunikasi CelcomDigi kini memperkenalkan pakej perayauan baharu Hajj Roaming Pass yang dikhaskan untuk para pelanggan yang ingin menunaikan ibadat haji atau...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured