More

    Ini 5 fungsi komputer riba NVIDIA GeForce RTX 50 Series yang tingkatkan pengalaman “gaming” anda!

    Buat para pemain game PC yang sentiasa dahagakan prestasi tertinggi untuk komputer, anda pasti kerap menggunakan desktop besar bagi mendapatkan komponen tercanggih. Sungguh pun begitu, kini komputer riba mampu menawarkan prestasi yang menyaingi komputer desktop, sambil mengekalkan reka bentuk yang mudah dibawa.

    Dengan unit pemproses grafik (GPU) NVIDIA GeForce RTX 50 Series Laptop GPU yang dikuasakan oleh senibina NVIDIA Blackwell, ia bukan sahaja boleh menjana prestasi grafik yang tinggi untuk game anda, malah boleh membawakan prestasi AI yang pantas untuk kegunaan gaming dan penciptaan kandungan.

    Untuk mengetahui bagaimana GeForce RTX 50 Series boleh meningkatkan pengalaman gaming anda, ayuh kita lihat pelbagai teknologi yang ditawarkan dalam siri GPU ini:

    Frame rate lebih tinggi dengan NVIDIA DLSS 4

    Siri GeForce RTX 50 Series menawarkan teknologi Deep Learning Super Sampling (DLSS) yang dikuasakan AI bagi meningkatkan kadar bingkai sesaat (frames per second, FPS), mengurangkan kependaman (latency) dan meningkatkan kualiti imej keseluruhan.

    Teknologi ini menggunakan AI untuk menjana bingkai tambahan (extra frames), sehingga tiga bingkai tambahan untuk setiap bingkai yang dijana oleh game. Dengan peningkatan bingkai ini, ia meningkatkan kadar FPS dan menghasilkan pengalaman gaming yang lebih lancar, serta memberi kelebihan dalam situasi gaming sengit.

    Lebih banyak bingkai untuk hasilkan pengalaman lebih lancar

    Dalam suasana yang memerlukan ray-tracing tinggi, fungsi Ray Reconstruction akan menggunakan AI untuk menambah lebih banyak piksel bagi menghasilkan visual yang lebih tajam dan realistik. Ia juga menghasilkan lebih banyak butiran pada bayang-bayang, pantulan cahaya dan occlusion.

    Selain itu, DLSS Super Resolution meningkatkan kualiti grafik game yang dijana pada resolusi rendah manakala Deep Learning Anti-Aliasing pula menggunakan AI untuk meratakan sebarang bucu pada piksel, supaya game anda nampak lebih natural.

    Ray Tracing hasilkan visual yang nampak hidup

    Untuk game yang menawarkan visual cantik, seni bina NVIDIA Blackwell menawarkan ray-tracing penuh bagi menghasilkan imej yang nampak realistik dengan pencahayaan, bayangan dan pantulan yang menyerupai dunia sebenar.

    "
    "
    Perbandingan antara tiada RTX, dengan RTX dihidupkan

    Walaupun dengan imej realistik, ia masih boleh dihasilkan dengan pantas, hasil daripada teras Tensor Cores generasi kelima yang berprestasi tinggi dalam GeForce RTX 50 Series.

    NVIDIA Studio percepatkan kerja-kerja kreatif

    Buat para pencipta kandungan yang kerap melakukan suntingan video, penjanaan imej 3D dan rekaan grafik, anda boleh gunakan pelbagai perisian kreatif yang akan dipercepatkan dengan RTX, seperti DaVinci Resolve dan Adobe Premiere Pro.

    Selain itu, RTX Remix pula membenarkan modders untuk mengambil aset daripada pelbagai game, kemudian hasilkan remaster RTX yang menyokong fungsi ray tracing dan DLSS untuk visual yang lebih cantik.

    NVIDIA Broadcast memudahkan anda siarkan kualiti video yang jelas

    Untuk para streamer, NVIDIA Broadcast akan meningkatkan kualiti siaran langsung (livestreams), panggilan video dan rakaman suara supaya audiens anda boleh menikmati siaran berkualiti tinggi.

    Ia turut mempunyai RTX Video Super Resolution yang akan mencantikkan video yang dimainkan dalam pelayar web seperti Google Chrome dan Microsoft Edge, dengan meningkatkan butiran dan membuang compression artifacts yang sering menurunkan kualiti video internet.

    Max-Q untuk imbangkan prestasi dengan hayat bateri

    Setiap komputer riba yang dilengkapi GeForce RTX 50 Series mempunyai teknologi Max-Q bagi mengimbangkan penggunaan tenaga dan hayat bateri. Dengan fungsi seperti Dynamic Boost, Advanced Optimus dan Optimal Playable Settings, anda boleh laraskan tahap penggunaan tenaga sama ada untuk mengutamakan prestasi tinggi atau memanjangkan hayat bateri.

    Max-Q boleh hasilkan prestasi tinggi untuk komputer riba, sambil mengimbangkan penggunaan bateri
    Perbezaan prestasi yang ketara dengan model-model RTX sebelum ini

    Jika anda berminat untuk membeli komputer riba yang dilengkapi NVIDIA GeForce RTX 50 Series Laptop GPU, anda boleh layari laman web NBPlaza untuk lihat senarai komputer yang menawarkannya, atau lawati kedai-kedai GLOO Low Yat Concept Store dan  NPB Hyperstore Digital Mall untuk melihat komputer-komputer ini secara fizikal. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja oleh SNS Network]

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...