More

    Ini adalah foto pertama daripada Xiaomi 15 Ultra menggunakan kamera periskop 200MP

    Xiaomi telah mendedahkan sampel gambar pertama yang diambil menggunakan kamera periskop telefoto pada model terbaharunya, Xiaomi 15 Ultra. Gambar tersebut menunjukkan prestasi cemerlang dalam keadaan cahaya rendah yang menandakan peningkatan ketara dalam keupayaan fotografi malam.

    Sampel gambar yang dikongsi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi, Lei Jun, di platform Weibo diambil menggunakan lensa periskop telefoto 100mm. Penggunaan sensor Samsung ISOCELL HP9 200MP yang dilengkapi teknologi 4×4 pixel binning dan membolehkan penghasilan imej telefoto yang tajam serta terperinci walaupun dalam persekitaran gelap.

    Selain itu, Xiaomi 15 Ultra dijangka menampilkan cip Snapdragon 8 Elite, paparan mikro-melengkung 2K, sensor cap jari ultrasonik dalam skrin dan sokongan komunikasi satelit. Sistem kameranya termasuk sensor utama 50MP LYT-900, lensa ultra-lebar 50MP Samsung JN5, lensa telefoto 50MP IMX858 dan sensor periskop telefoto 200MP Samsung HP9.

    Xiaomi 15 Ultra berpotensi menetapkan standard baharu dalam fotografi telefoto cahaya rendah dan pelancaran rasmi dijangka berlangsung pada akhir bulan ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Xiaomi 15 Ultra dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured