More

    Ini adalah senarai berita COVID-19 palsu yang disahkan SKMM

    Jika anda masih tidak tahu sumber untuk menyemak sebarang maklumat dan berita palsu, berita ini adalah jawapannya. Anda boleh terus ke laman web SEBENARNYA.MY (salah satu inisiatif SKMM) yang memaparkan pelbagai berita palsu terkini di Malaysia.

    Untuk memudahkan anda, kami akan menyenaraikan beberapa berita terkini palsu mengenai wabak COVID-19 yang menular di negara Malaysia. Sebelum itu, kami ingin menasihatkan anda untuk tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak pasti kesahihannya. Ini adalah supaya orang ramai tidak keliru dan panik dengan berita yang tidak pasti tentang kesahihannya.

    Antara berita palsu terkini:

    • Semakan Program Pengeluaran KWSP i-Lestari di pautan semakanonline.com adalah palsu.
    • 4 voice note yang menggunakan nama MKN dakwa darurat akan diisytihar adalah palsu.
    • Penguatkuasaan saman bagi kesalahan naik kenderaan lebih daripada seorang dan tidak memakai topeng muka adalah palsu.
    • Dakwaan 4 lokasi panas (red zone) COVID-19 di Selangor adalah palsu.
    • Dakwaan beberapa pemimpin Sabah dikuarantin akibat COVID-19 adalah palsu.
    • Hilang selera makan dan deria bau antara simptom baharu COVID-19 adalah palsu.
    • Dakwaan pelajar Tahfiz bakal menjadi kluster baharu COVID-19 adalah palsu.
    • Dakwaan seorang pekerja Pos Malaysia positif COVID-19 adalah palsu.

    Untuk pengetahuan anda, anda boleh juga menyalurkan sebarang maklumat yang dikhuatiri palsu kepada laman web tersebut. Berikutan pemanjangan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, anda disarankan uuntuk mematuhinya dan kekal berada di rumah. Luahkan komen anda di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: SEBENARNYA.MY

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...