More

    Ini cara dapatkan HONOR 600 secara percuma melalui pelan telco

    HONOR Malaysia kini memperkenalkan promosi pelan telco baharu untuk siri HONOR 600 menerusi kerjasama dengan beberapa penyedia telekomunikasi utama tempatan seperti Maxis, U Mobile, Yes dan redONE Mobile. Pengguna boleh mendapatkan siri HONOR 600 dengan storan 512GB secara percuma atau pada harga lebih rendah bergantung kepada pelan langganan.

    Di bawah pelan Maxis Postpaid, pelanggan boleh memiliki HONOR 600 percuma melalui pelan terpilih manakala HONOR 600 Pro pula ditawarkan serendah RM40 sebulan. redONE Mobile pula menawarkan HONOR 600 pada harga RM599 bersama pelan pascabayar Device Pro 98.

    Bagi pelanggan U Mobile, HONOR 600 boleh dimiliki secara percuma menerusi pelan ULTRA Family Postpaid sementara HONOR 600 Pro ditawarkan bermula RM53 sebulan bawah pelan ULTRA Postpaid dan ULTRA Family. Yes juga menawarkan HONOR 600 secara percuma menerusi pelan Infinite+ Premium manakala HONOR 600 Pro boleh dimiliki serendah RM30 sebulan.

    Siri HONOR 600 gah dalam kategori “accessible flagship” yang menawarkan spesifikasi premium dan konfigurasi storan besar tanpa harga terlalu tinggi seperti telefon mercu ultra premium. Salah satu tarikan utama siri ini ialah penawaran storan 512GB yang kini disediakan melalui beberapa promosi telco terpilih.

    Untuk harga tempatan, HONOR 600 dengan konfigurasi 12/512GB dijual pada harga RM2,599 manakala HONOR 600 Pro pula berharga RM3,099 untuk varian 12/256GB dan RM3,299 bagi model 512GB. Kedua-dua model hadir dalam pilihan warna jingga, putih keemsan dan hitam.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tawaran ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...