Tahukah anda bahawa setiap kali anda melayari internet dan melawat laman web, fail untuk sejarah carian disimpan pada telefon pintar anda? Ia bukan sahaja menyimpan sejarah carian anda, tetapi juga senarai tapak web yang telah anda lawati, fail internet sementara dan cookies.
Fail internet sementara termasuk imej dan elemen halaman web yang bertindak sebagai cache serta boleh mempercepatkan proses muat turun tapak web yang anda telah lawati. Cookies ialah fail kecil yang disimpan oleh tapak web pada komputer atau telefon pintar anda yang mengandungi data tentang penyemak imbas atau data log masuk yang sering digunakan untuk tujuan pengiklanan.
Langkah untuk memadamkan sejarah carian Google pada iPhone:
- Pergi ke My Activity pada Google anda.
- Anda boleh melihat semua aktiviti anda di sini. Pilih ‘padam’ yang terletak di atas aktiviti.
- Pilih All Time
- Pilih Next dan kemudian padam. Ini akan memadamkan semua sejarah carian anda sekaligus. Anda juga boleh memadam secara satu-satu atau menetapkan kepada pemadaman automatik dengan memilih Manage > Data & privasi> Tetapan sejarah> Pilih padam automatik> Seterusnya> Sahkan
Langkah untuk memadamkan sejarah carian Google pada Android:
- Buka aplikasi Chrome.
- Pilih pada tiga titik> Sejarah
- Pilih Kosongkan Data Penyemakan Imbas
- Anda boleh memilih garis masa untuk data yang ingin anda padamkan daripada pilihan yang diberikan di sebelah Julat Masa (Time Range). Untuk memadam semua carian, pilih Sepanjang masa.
- Semak sejarah Penyemakan imbas. Nyahtanda mana-mana data lain yang anda tidak mahu padamkan.
- Pilih Kosongkan data.
Langkah untuk memadamkan sejarah carian Google pada PC/komputer riba:
- Anda boleh memilih untuk mengurus sejarah carian terus daripada akaun Gmail atau klik pada tiga titik menegak dalam aplikasi Chrome
- Pilih Sejarah
- Anda akan melihat semua data penyemakan imbas anda di sini.
- Anda boleh memadamkan semuanya dengan memilih pada “Kosongkan data penyemakan imbas” yang diberikan di sebelah kanan tetingkap atau pilih maklumat secara individu dan padam.
Untuk peringatan, jangan sesekali berkongsi privasi anda dengan orang lain dan kita perlu bertanggungjawab dengan apa yang kita cari, lihat dan rasa. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







