More

    Ini cara mendapatkan HONOR 200 Lite 5G secara percuma! – Edisi Rahmah

    Tahun lepas, HONOR 90 Lite 5G menjadi antara pilihan ramai untuk Pakej Rahmah bagi peranti mampu milik berkesambungan 5G. Namun, ia telah berakhir setelah meraih kejayaan yang luar biasa di Malaysia.

    Kini, HONOR 200 Lite 5G melangkah masuk bagi menggantikannya dan menjanjikan peningkatan berganda serta nilai yang berbaloi. Ia juga merupakan model paling mampu milik dalam siri HONOR 200. Tanpa membuang masa, mari kita lihat keistimewaan telefon pintar ini selain daripada anda boleh mendapatkannya secara PERCUMA!

    Ciri utama dan peningkatan yang dibawakan

    Pengguna kini tidak perlu risau lagi tentang memori simpanan kerana HONOR 200 Lite 5G menampilkan storan 512GB iaitu dua kali ganda kapasiti storan berbanding HONOR 90 Lite yang secara tidak langsung juga menetapkan standard baharu dalam kelasnya.

    Selain itu, ketahanan turut dipertingkat dengan menggunakan Kaca Bertetulang Ultra-Tough dan struktur sudut berbentuk-I yang diperakui Rintangan Jatuh 5-bintang SGS untuk unit keseluruhan. Ia juga menawarkan penggantian skrin retak hadapan dan belakang selama 365 hari. Jadi, anda tidak perlu risau tentang penggantian skrin dan ketahanannya.

    Menariknya, jika anda membeli HONOR 200 Lite 5G, anda akan mendapat faedah berganda yang mana pembeli boleh berjimat sehingga RM1,299 dengan promosi istimewa melalui pelan telekomunikasi terpilih. Berikut merupakan pelan yang ditawarkan:

    Pakej TelkoPenjimatan (RM)
    Pascabayar CelcomDigi 5G 8090GB
    Data 5G + 60GB 5G (selama 12 bulan)
    1,100
    Pascabayar Maxis 139
    Data 120GB 4G/5G + data 5G 360GB
    1,299
    Pascabayar Maxis 109
    Data 100GB 4G/5G + data 5G 200GB
    1,200
    Pascabayar U Mobile U Data 98
    Data 5G 1000GB
    1,299
    Pascabayar U Mobile U Data 68
    Data 5G 300GB
    1,100
    YES Infinite+ Basic 58
    Data 5G tanpa had
    1,299

    Mengapa perlu pilih HONOR 200 Lite 5G?

    Perkakasan merupakan komponen penting dalam pemilihan sesebuah telefon pintar dan HONOR 200 Lite 5G menawarkan spesifikasi terbaik dalam kelasnya. Ia dilengkapi dengan sistem tiga kamera 108MP untuk fotografi termasuk kamera swafoto 50MP yang dipertingkatkan AI.

    Selain itu, paparannya mempunyai teknologi perlindungan mata bagi memastikan pengalaman menonton yang selesa dengan ciri seperti Peredupan PWM tanpa risiko, Paparan Malam Circadian AI dan Peredupan Dinamik. Perlu diingatkan bahawa perlindungan mata adalah penting kerana kebanyakan pengguna terdedah dengan cahaya biru yang dihasilkan oleh skrin.

    Pengguna juga mampu merasai pengalaman menggunakan teknologi AI termasuk Magic Portal, Maklumat Peribadi AI Kabur untuk meningkatkan interaksi dan privasi pengguna. Prestasinya disokong oleh cipset MediaTek Dimensity 6080, RAM 16GB (tambahan RAM maya 8GB), storan 512GB dan dikuasakan oleh Enjin Permainan MediaTek HyperEngine 3.0 Lite untuk gaming.

    "
    "

    Di samping itu, ia turut dilengkapi bateri berkapasiti 4,500mAh dengan sokongan pengecasan HONOR Wired SuperCharge 35W di mana pengecasan daripada 0% ke 56% mengambil masa 30 minit manakala pengecasan penuh tidak mengambil masa lebih daripada sejam.

    HONOR 200 Lite muncul sebagai pilihan utama dalam kategori telefon pintar bawah RM1,500 dengan menggabungkan teknologi terkini (AI), ketahanan yang teguh dan nilai yang tiada tandingan. HONOR 200 Lite 5G tersedia di Malaysia pada 26 Julai ini dengan harga hanya RM1,299.

    Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan pengalaman menggunakan rangkaian 5G dengan HONOR 200 Lite 5G secara percuma! Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ‘harga Rahmah’ ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja oleh HONOR Malaysia]

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...