More

    Ini cara sebenar kamera bawah skrin ZTE Axon 20 5G berfungsi!

    ZTE akan melancarkan telefon perbualan ramai, Axon 20 5G pada 1 September ini sebagai telefon pertama di dunia yang menggunakan kamera swafoto bawah skrin.

    Beberapa hari sebelum tarikh pelancarannya, Syarikat ZTE telah menerangkan di media sosial Weibo cara swafoto telefon ini berfungsi tanpa silau dan kabus walaupun menggunakan skrin OLED di atas lens kamera swafotonya.

    Skrin peranti Axon 20 5G ini akan hadir dengan 7 lapisan iaitu pelindung kaca, polarizer, panel sentuh, kaca enkapsulasi, panel OLED dan elemen-elemen lain yang membantu untuk kelancaran skrin telefon.

    Kesemua lapisan yang penting akan disalut dengan bahan baru yang sangat konduktif, transmisif dan telus untuk menghalang sebarang pembelauan (diffraction) dari mengubah warna dan kedalaman gambar.

    ZTE juga menyatakan bahawa halangan utama mereka adalah untuk mencipta semula bahan skrin telefon. Gambar di bawah adalah hasil kamera swafoto ZTE Axon 20 5G ini.

    Jelas bukan? Kongsikan pendapat anda mengenai telefon ZTE Axon 5G di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured