More

    Ini cara untuk semak jerebu di Malaysia secara dalam talian pada 2025

    Pada waktu ini, fenomena jerebu kembali membelenggu beberapa negeri di Malaysia dan sejumlah agensi kerajaan telah pun mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat. Lebih ramai rakyat Malaysia kini mengalami beberapa komplikasi kesihatan seperti masalah pernafasan dan mata berair, serta jarak penglihatan yang lebih pendek.

    Sebelum ini pada 2023, kami pernah menerbitkan panduan khas untuk semak kualiti udara dan jerebu, namun dalam artikel ini kami ingin mengemas kini panduan tersebut kerana terdapat beberapa perubahan yang ketara, seperti perubahan nama aplikasi.

    Sebagai panduan umum, Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyatakan semua aktiviti luar perlu dielakkan jika IPU mencecah lebih 100, kemudian sekolah-sekolah perlu ditutup jika ia mencapai 200. Bagi menjejak kualiti udara, JAS telah menubuhkan stesen penjejakan udara di seluruh negara.

    Stesen-stesen penjejakan itu menyediakan bacaan IPU pada setiap jam. Walaupun ia tidak menjejak setiap lokasi spesifik dalam negara, ia memberikan gambaran yang baik untuk kualiti udara di persekitarannya supaya anda boleh ambil tindakan yang sewajarnya.

    Cara semak Indeks Pencemaran Udara melalui komputer

    Ini cara untuk semak IPU seluruh negara melalui komputer:

    1. Layari laman web MyEQMS oleh JAS.
    2. Klik dua kali pada peta dan cari lokasi anda, atau pergi ke ikon lokasi dan biarkan laman web ini tentukan kedudukan anda.
    3. Semak IPU di stesen terdekat.
    Buat masa ini, laman web EQMS boleh dibuka dengan lebih pantas dalam komputer berbanding telefon

    Cara semak Indeks Pencemaran Udara melalui telefon

    Jika anda lebih berminat untuk gunakan telefon pintar atau peranti mudah alih, anda boleh ikuti langkah berikut:

    1. Muat turun dan pasang aplikasi MyJAS EQMS daripada Google Play Store atau Apple App Store.
    2. Buka aplikasi ini dan semak bacaan IPU di stesen terdekat.
    Aplikasi MyJAS EQMS berfungsi dengan sangat lancar dalam peranti Android

    Cara menangani jerebu

    Berikut adalah langkah berjaga-jaga untuk menghadapi situasi jerebu:

    1. Pakai pelitup muka yang boleh menapis zarah-zarah halus, seperti pelitup muka N95 atau pelitup muka surgikal.
    2. Elakkan daripada berada di kawasan luar.
    3. Banyakkan minum air dan kekal terhidrat.
    4. Basuh tangan dan muka secara kerap.
    5. Jumpa doktor jika anda mengalami mata berair, kesukaran bernafas atau lain-lain masalah kesihatan.

    Walaupun sekolah diarahkan untuk tutup jika IPU melebihi 200, ini sebenarnya perlu dipatuhi juga oleh orang dewasa yang bekerja di kawasan luar bangunan. JAS telah menyediakan garis panduan untuk melindungi para pekerja daripada kesan-kesan jerebu di tempat kerja, serta cara untuk menangani jerebu itu sendiri.

    "
    "

    Buat mereka yang berpeluang bekerja dari rumah, anda boleh utamakan kerja untuk dilakukan secara dalam talian sebanyak mungkin sehingga jerebu reda. Anda juga boleh semak Situasi Jerebu Serantau daripada laman web Pusat Meteorologikal Khas ASEAN (ASMC) yang menyediakan maklumat tentang titik panas dan arah angin di rantau Asia Tenggara.

    Laman ASMC menyediakan maklumat tentang titik panas dalam rantau Asia Tenggara

    Apakah pendapat anda tentang situasi jerebu ini? Jika anda jumpa mana-mana sumber dalam talian atau aplikasi lain yang boleh menjejak jerebu, anda boleh kongsikannya di Facebook kami dan jangan lupa ikuti Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured