More

    Ini cara untuk dapatkan iPhone 17 Pro dengan pelan yang paling mampu milik!

    Apple sudah mula menawarkan barisan telefon pintar iPhone 17 di Malaysia dan semakin ramai orang berminat untuk memilikinya. Walaupun ia dijual pada harga yang agak mahal (bermula RM3,999), ada cara yang akan bantu anda memilikinya tanpa berbelanja besar.

    Dengan pelan Yes Infinite+ Postpaid, anda boleh dapatkan pelan pascabayar iPhone 17 Pro yang paling mampu milik di Malaysia, dengan harga bermula RM65 sebulan sahaja. Selain itu, jika anda berminat untuk membeli iPhone 17 Pro dengan harga pasaran, anda boleh gunakan pelan Yes Infinite Cashback untuk dapatkan semula sebahagian wang anda daripada pembelian iPhone 17 Pro itu.

    Berikut adalah maklumat lanjut mengenai kedua-dua pelan di atas:

    Yes Infinite+ Postpaid membolehkan anda memiliki iPhone baharu dengan ansuran yang paling berbaloi.

    Dengan pelan ini, anda boleh dapatkan iPhone 17 Pro pada harga bermula RM65 sebulan sahaja. Anda boleh pilih untuk membayarnya selama 24 atau 36 bulan dengan kadar faedah 0% dan tiada yuran pendahuluan.

    Ini adalah sesuatu yang unik untuk pelanggan Yes kerana kebanyakan syarikat telko lain hanya menawarkan yuran pendahuluan RM0 kepada pelanggan sedia ada sahaja, manakala Yes turut menawarkan yuran pendahuluan RM0 kepada pelanggan baharu.

    Selain boleh mendapatkan iPhone dengan pelan yang sangat mampu milik, anda boleh menikmati data dan kelajuan 5G+4G tanpa batasan, panggilan telefon tanpa had dan perayauan 5G (roaming) secara percuma di Singapura.

    Berikut adalah pelan Yes Infinite+ Postpaid yang ditawarkan untuk setiap varian iPhone baharu pada tahun ini:

    Anda boleh bandingkan sendiri pelan Yes dengan pelan-pelan oleh syarikat telekomunikasi lain, jelas sekali Yes menawarkan pelan yang mampu milik. Anda berpeluang mendapatkan diskaun sehingga 3.3 kali ganda dengan Yes berbanding pelan telko lain.

    "
    "

    Yes Infinite Cashback – Beli iPhone, dapatkan semula wang anda

    Untuk mereka yang sudi membeli iPhone 17 Pro dengan membuat pembayaran penuh, anda boleh belikannya dengan pelan Yes Infinite Cashback untuk mendapatkan semula wang anda secara ansuran pada setiap bulan, tanpa sebarang kontrak atau komitmen.

    Wang yang dibayar semula kepada anda ini boleh digunakan seperti wang tunai untuk membayar lain-lain keperluan seperti bil dan pelan tambahan. Anda juga boleh keluarkannya sebagai wang tunai.

    Dengan pelan ansuran bulanan ini, anda boleh dapatkan semula jumlah wang sehingga RM3,535. Lebih lama anda kekal dalam pelan ini, lebih banyak wang yang akan diberikan kepada anda dengan pulangan tunai sehingga 35 bulan.

    Datang ke Yes Experience Store untuk cuba iPhone 17 Pro!

    Jika anda sudah pun membulatkan hati untuk beli iPhone 17 Pro atau iPhone Air dengan pelan Yes namun masih ingin cuba dulu menggunakannya, anda boleh datang ke Yes Experience Store di Lot 10, Kuala Lumpur untuk alami sendiri iPhone baharu ini. Anda boleh cuba pelbagai fungsi canggih yang didatangkan dalam iPhone 17 Pro atau rasa sendiri kenipisan iPhone Air.

    Pada 19 September lalu, Yes telah pun melancarkan pelan-pelan khas untuk iPhone ini dalam sebuah acara khas di Yes Experience Store Lot 10, Kuala Lumpur. Pihak media diberikan akses khas untuk cuba iPhone yang dipamerkan, dan anda juga boleh mencubanya apabila anda melawat Yes Experience Store.

    Jadi, jika anda berminat dengan mana-mana pelan di atas, layari laman web Yes atau ikuti Yes di Facebook, Instagram, YouTube, TikTok dan X. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja oleh Yes]

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...