More

    Ini dia garis panduan (SOP) pawagam GSC yang telah diluluskan

    Pada bulan Mac yang lepas, semua pawagam di seluruh Malaysia telah berhenti operasi akibat pandemik COVID-19 yang melanda dunia. Kini, jangkitan COVID-19 di Malaysia sudah reda dan pada Isnin yang lepas, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah membuat pengumuman yang membolehkan pawagam untuk beroperasi semula bermula Rabu, 1 julai mengikut garis panduan yang ditetapkan.

    Hari ini, GSC Cinemas telah memuat naik beberapa gambar di laman sosial Twitter mereka berkenaan garis panduan yang perlu dipatuhi sekiranya ingin mengunjung ke pawagam mereka.

    Pengunjung pawagam diwajibkan untuk mengimbas kod QR atau menulis maklumat peribadi mereka sebelum memasuki pawagam. Kakitangan GSC Cinemas juga akan memeriksa suhu badan untuk memastikan semua pengunjung adalah sihat dan tidak bergejala. Satu notis yang penting dari GSC Cinemas, pengunjung bawah 12 tahun dan atas 60 tahun tidak dibenarkan memasuki dewan tayangan untuk memastikan kesihatan mereka terjaga kerana mereka adalah golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19.

    GSC Cinemas akan mengamalkan penjarakan sosial di dalam dewan pawagam dengan sistem tempat duduk yang berjarak. Pengunjung pawagam juga digesa untuk kekalkan jarak 1 meter daripada orang lain dan memakai pelitup muka pada setiap masa. Semua kerusi dan kemudahan pawagam akan dibersihkan dan disanitasi dengan kerap. Cecair pembasmi kuman juga akan disediakan untuk pengunaan pengunjung.

    Adakah anda akan mengunjungi pawagam pada bulan Julai ini? Kongsikan pendapat anda tentang pembukaan semula pawagam di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured