More

    Ini dia klon iPhone 12 Pro Max guna Android untuk yang tidak sabar menunggu iPhone 12

    Anda mungkin telah melihat beberapa video di sekitar platform YouTube mengenai iPhone 12 Pro Max versi klon. Kami juga ingin mengongsikan sebuah video menarik yang menerangkan dengan lebih jelas tentang ciri dan spesifikasi iPhone 12 Pro Max versi klon.

    Sekali pandang ianya mungkin kelihatan sama dengan gambar rekaan iPhone 12 Pro Max sebenar dari sumber terdahulu. Namun, apabila terdapat beberapa perbezaan sama ada dari segi perisian, antara muka (interface) dan reka bentuk.

    Antara ciri rekaan yang mungkin berbeza dengan iPhone 12 Pro Max sebenar adalah bezel dan kedudukan butang di tepi peranti (dibandingkan dengan pelindung silikon iPhone 12 Pro Max sebenar). Antara mukanya tidak dioperasikan oleh iOS, tetapi menurut sumber ia adalah Android. Anda boleh lihat melalui video di bawah.

    Untuk pengetahuan anda, rekaan akhir dan rasmi iPhone 12 Pro Max 6.7 inci atau iPhone 12 lain masih tidak diketahui. Namun, anda boleh melihat berita-berita lepas mengenai reka bentuk, ramalan harga dan spesifikasinya.

    Terdahulu, iPhone 12 dengan cip Bionic A14 dikatakan akan bermula dengan harga ~RM2,699 dan mungkin dilancarkan pada 13 Oktober. Adakah anda akan membelinya atau anda ingin mendapatkan iPhone 12 versi klon kerana anda tidak sabar? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured