More

    Ini dia pandangan pertama PlayStation 5 dan aksesorinya

    Baru-baru ini, Sony telah menjemput beberapa penerbit Jepun dan YouTubers untuk melihat PlayStation 5 dengan lebih dekat. Ini adalah kali pertama kita dapat lihat saiz dan reka bentuk perkakas PS5 ini secara jelas.

    Sebuah penerbit dari Jepun iaitu 4Gamers telah memuatnaik beberapa gambar konsol PlayStation 5 yang sedang berdiri dan baring, menunjukkan bagaimana stand konsol ini berfungsi. Mereka juga menyatakan bahawa kipas PS5 ini senyap dan konsol itu tidak panas apabila bermain game dengannya.

    PS5 secara berdiri
    PS5 secara baring

    Untuk controller DualSense PS5 pula, ianya dilihat dapat memaparkan warna lampu berbeza sama seperti controller konsol Sony sebelum ini. DualSense ini hadir dengan maklum balas haptik yang menjadikan pengalaman bermain game lebih mengasyikkan.

    Kebanyakan video dari sidang media ini hanyalah menunjukkan perkakas PS5 dan game yang dimainkan tanpa sebarang elemen antaramuka pengguna (user interface).

    Sony akan menjual konsol PS5 ini secara rasmi bermula 12 November ini. Adakah anda bakal membeli konsol gaming ini? Kongsikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : TheVerge

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...