More

    Ini perkara baru pada cipset andalan 2021, Snapdragon 888 5G: Kamera, “gaming” lebih baik!

    Semalam, Qualcomm telah mengumumkan cipset andalan terbaru mereka, Snapdragon 888 5G. Qualcomm melanjutkan pendedahan lebih dalam mengenai cipset ini pada hari ini. Jadi, berikut adalah perkara dan teknologi baharu yang ada pada cipset Snapdragon 888 5G!

    Untuk pengetahuan anda, cipset ini bakal mengoperasikan telefon pintar kelas andalan akan datang pada tahun 2021. Antara pembaharuannya adalah dari segi CPU, GPU, kamera, sambungan, kecerdasan buatan (AI) dan pengecasan.

    Prestasi

    Mengulas kepada prestasi Snapdragon 888 5G yang diumum semalam, Qualcomm menyatakan bahawa cip 5nm ini melonjakkan prestasi CPU sebanyak 25% pada frekuensi tertinggi 2.84GHz dan prestasi GPU sehingga 35% lebih baik.

    Tambah Qualcomm, cip ini lebih berfokuskan kepada kestabilan prestasi berbanding prestasi yang mencanak naik, tetapi tidak konsisten seperti cip dari pesaing yang lain dalam industri.

    Kamera

    Menurut Qualcomm, cipset Snapdragon 888 5G ialah cipset Snapdragon pertama dengan tiga ISP. Lebih ringkas, pembaharuan ini mampu membenarkan penstriman tiga video 4K HDR sekaligus atau mengambil tiga gambar 28MP sekaligus.

    Memandangkan setiap lensa kamera mendapat ISP tersendiri, peralihan dari lensa ultra lebar ke lensa lebar, kemudian ke lensa telefoto adalah lebih lancar.

    Selain itu, pembaharuan ini turut membenarkan Staggered HDR di mana kamera boleh memproses exposure pendek, medium dan panjang secara serentak. Selain itu, cipset ini mampu merakam gambar 10-bit HDR, manakala mampu merakam dan memainkan kembali video 4K pada 120fps. Lebih menarik, cip Snapdragon 888 5G menyokong keupayaan mengambil 120 gambar sesaat pada resolusi 12MP! Baca lebih lanjut mengenai prestasi kamera cipset Snapdragon 888 5G disini.

    Gaming

    Melalui cipset ini, terdapat juga pembaharuan dari segi gaming untuk memastikan pengalaman yang lebih lancar dan grafik yang lebih baik. Salah satu ciri baru adalah Game Quick Touch yang mempu mengurangkan tindak balas (latency) sehingga 20% pada 60fps.

    "
    "

    Variable Rate Shading (VRS) pula ialah teknologi yang membenarkan prestasi grafik sehingga 30% lebih baik. Kehadiran GPU Adreno 660 turut memberikan sokongan 10-bit HDR dan menambah baik kesamaan skrin OLED.

    Kecerdasan buatan (AI)

    Qualcomm menyatakan bahawa enjin AI pada Snapdragon 888 5G mengandungi kolaborasi pemproses Hexagon 780 dan prestasi sehingga 26 TOPS (trilion operasi per saat).

    Qualcomm Sensing Hub generasi terbaru pula menggunakan pemproses AI berkuasa rendah untuk penggunaan pengesanan aktiviti pengguna seperti mengangkat peranti, menghidupkan skrin atau audio. Ini bermakna ia dapat mengurangkan bebanan tugas AI pada pemproses Hexagon 780, seklaigus menjimatkan kuasa.

    Keselamatan

    Dari segi keselamatan, cipset terbaru ini hadir dengan standard keselamatan baharu Content Authenticity Initiative termasuklah sistem Truepic untuk keselamatan media anda seperti gambar atau video.

    Terdapat juga ciri Hypervisor yang berupaya mengoperasikan setiap aplikasi dalam OS yang berasingan. Ini bermakna jika sesebuah aplikasi adalah tidak selamat, ia tidak akan memberi kesan kepada aplikasi lain yang sedang beroperasi.

    Sambungan

    Memandangkan ia dilengkapi modem Snapdragon X60 5G, cipset andalan ini menyokong Wi-Fi 6 dan 6E dengan tindak balas rendah bersesuaian dengan kehendak inustri penstriman game.

    Selain itu, modem baharu ini menyokong kelajuan laluan menurun sehingga 7.5Gbps serta laluan menaik sehingga 3Gbps. Terdapat juga sokongan Bluetooth 5.2 dan sokongan teknologi audio wayarles dengan tindak balas rendah.

    Apakah pendapat anda mengenai pembaharuan dalam cipset andalah terbaru yang bakal menjadi penanda aras untuk cipset lain ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Semak berita lepas mengenai peranti yang bakal dijana cipset Snapdragon 888 5G.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...