More

    Ini perkara yang anda perlu tahu tentang Samsung One UI 7 dengan Galaxy AI

    Selain melancarkan siri Samsung Galaxy S25, Samsung Electronics turut memperkenalkan sistem operasi terbarunya, One UI 7. Menurut Samsung, One UI 7 telah direka semula sepenuhnya dari struktur asas hingga reka bentuk antaramuka (UX) untuk menjadikannya lebih mesra pengguna serta berasaskan kecerdasan buatan (AI).

    Dengan One UI 7, Samsung memasarkan Galaxy S25 sebagai teman AI sejati yang mampu memahami keperluan serta keutamaan pengguna dan menyediakan pengalaman peribadi tanpa mengabaikan privasi. Teknologi AI pada Galaxy S25 membolehkan peranti ini mentafsir teks, suara, gambar dan video dengan cara yang terasa semula jadi serta intuitif.

    Sebagai contoh, ciri “Circle to Search” yang telah dinaik taraf membolehkan pengguna mencari maklumat di skrin telefon dengan lebih pantas dan kontekstual. Ia kini dapat mengenal pasti nombor telefon, emel atau pautan (URL) di skrin untuk memudahkan pengguna membuat panggilan, menghantar emel atau melawat laman web dengan hanya satu sentuhan. Malah, pengguna juga boleh mendapatkan cadangan kontekstual seperti berkongsi GIF atau menyimpan maklumat acara tanpa perlu bertukar-tukar aplikasi.

    One UI 7 juga menambah baik keupayaan pemahaman bahasa semula jadi (natural language). Anda kini boleh meminta Galaxy S25 untuk mencari gambar tertentu di Galeri Samsung atau menyesuaikan saiz fon melalui tetapan dengan cara yang mudah. Selain itu, menekan dan menahan butang sisi akan mengaktifkan Gemini yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan aplikasi Samsung, Google dan aplikasi pihak ketiga seperti Spotify.

    Untuk meningkatkan keupayaan komunikasi, produktiviti dan kreativiti, Galaxy S25 memperkenalkan beberapa ciri baharu. Antaranya ialah “Call Transcript” yang menyusun perbualan telefon dengan kemas serta fungsi “ringkasan” yang menjimatkan masa. Terdapat juga “Writing Assist” yang boleh merumuskan kandungan atau memformat nota secara automatik. Ciri “Drawing Assist” pula membolehkan kombinasi lakaran, teks atau imej untuk memudahkan tugasan kreatif.

    Samsung memberi jaminan bahawa semua ciri personalisasi ini dilindungi dengan tahap keselamatan tinggi. Pada Galaxy S25, teknologi Personal Data Engine memastikan data peribadi pengguna dianalisis secara selamat di dalam peranti. Dengan ini, pengalaman peribadi seperti mencari gambar lama menggunakan arahan bahasa semula jadi atau menerima panduan harian melalui “Now Brief” dapat dilakukan tanpa risiko kepada privasi.

    Data ini dijamin selamat dengan Knox Vault, sementara teknologi kriptografi pasca-kuantum (post-quantum cryptography) melindungi maklumat peribadi daripada ancaman masa depan yang mungkin timbul seiring kemajuan pengkomputeran kuantum. Samsung juga memperkenalkan beberapa ciri keselamatan tambahan seperti tetapan Maximum Restrictions, perlindungan kecurian yang lebih baik serta papan pemuka Knox Matrix yang memantau status keselamatan bagi semua peranti yang saling bersambung.

    Dengan One UI 7, Samsung bukan sahaja meningkatkan pengalaman pengguna, tetapi juga memastikan peranti mereka terus relevan dalam era AI dan hiper-ketersambungan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    [Terjemahan TechNaveEN]

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...