More

    Ini rekaan dan kotak Xiaomi Mi 11 sebenar, sah tiada pengecas bersama

    Beberapa hari lagi sebelum pelancaran siri Xiaomi Mi 11 pada 28 Disember 2020, pendedah maklumat masih lagi rancak mendedahkan informasi mengenai peranti ini. Terkini, terdapat beberapa gambar poster Xiaomi Mi 11 yang sebenar bersama imej kotaknya.

    Melihat kepada gambar Xiaomi Mi 11 yang dikongsi, terdapat beberapa pilihan warna seperti biru, ungu, putih dan hitam. Gambar juga mengesahkan imej rekaan sebelum ini dengan reka bentuk modul kamera belakang berbentuk segi empat sama. Pada modul kamera di belakang, kelihatan dua sensor kamera besar, satu sensor kamera kecil dan satu lampu kilat LED.

    Pendedahan bahagian atas peranti memperlihatkan kehadiran pembesar suara. Dijangkakan, Xiaomi Mi 11 bakal hadir dengan pembesar suara stereo.

    Di sisi yang lain, terdapat sumber yang mendedahkan kotak Xiaomi Mi 11 yang diletak bersebelahan dengan kotak iPhone 12. Sepertinya, ketebalan kotak adalah lebih kurang sama menimbulkan spekulasi bahawa Xiaomi Mi 11 juga tidak akan hadir dengan pengecas bersama. Spekulasi ini disahkan oleh CEO Xiaomi sendiri dan memperakui Xiaomi Mi 11 tidak hadir dengan pengecas bersama.

    Sepintas lalu, Xiaomi Mi 11 telah disahkan hadir dengan Snapdragon 888. Menurut spekulasi, ia bakal dilengkapi skrin 120Hz dengan warna 10bit. CEO Xiaomi pernah menyatakan bahawa skrin Xiaomi Mi 11 adalah mungkin skrin termahal dalam industri telefon pintar. Anda boleh menyemak berita lepas mengenai spesifikasi lanjut dan harga ramalannya.

    Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 1 | 2 | 3

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured