More

    Inikah Redmi Note 9 model baru? Spesifikasi lebih tinggi dengan 120Hz, kamera 108MP

    Pendedahan maklumat dari akaun pendedah popular kini hadir dengan maklumat baharu. Menurut siarannya di Weibo, terdapat peranti yang didakwa sebagai siri Redmi Note 9 varian tertinggi dengan pendedahan spesifikasi seperti skrin 120Hz.

    Untuk pengetahuan anda, peranti ini masih tidak mempunyai nama rasmi. Namun, sumber mendakwa ia adalah keluarga Redmi Note 9 dengan spesifikasi yang lebih tinggi berbanding ahli Redmi Note 9 yang lain. Menurut sumber, peranti yang akan dilancar ini dilengkapi paparan 6.67 ini 2.5D DotDisplay beresolusi 2400 x 1080 FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Anda boleh melihat spesifikasi skrin lain seperti di bawah.

    Tambah sumber, peranti ini dijangka hadir dengan bateri 4800mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W. Lebih menarik, peranti ini dikaitkan dengan ura-ura mengenai peranti Redmi yang dilengkapi sensor Samsung ISOCELL HM2 108MP. Mungkin kita akan dapat melihat maklumat yang lebih jelas pada hari-hari yang akan datang.

    Apa pun, adakah anda berminat sekiranya peranti Redmi baharu ini hadir dengan skrin 120Hz dan kamera 108MP? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Semak artikel lepas menarik mengenai Redmi disini!

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured