More

    Inilah gambar OnePlus 9 sebenar! Snapdragon 888, RAM 12GB, skrin 120Hz

    Sebelum ini, anda mungkin sudah melihat paparan imej OnePlus 9, tetapi dalam kualiti gambar rendah atau hanya imej rekaan sahaja. Terkini, sumber telah mendedahkan gambar peranti OnePlus 9 yang lebih jelas rekaannya, bersama tangkapan skrin beberapa konfigurasi peranti.

    Gambar ini mengesahkan imej rekaan yang sebelum ini telah tersebar. OnePlus 9 mempunyai modul kamera berbentuk segi empat tepat yang memuatkan empat kamera termasuk dua lensa besar. Warna peranti yang ditunjukkan pada gambar adalah kelabu dengan tona ungu.

    Tangkapan skrin peranti pula mengesahkan beberapa spesifikasi seperti RAM 12GB, storan 256GB, Android 10, Snapdragon 888, skrin 6.56 inci dengan kadar segar semula 120Hz. Melalui sumber yang lain, tetapan kamera OnePlus 9 dikatakan tidak akan memiliki lensa periskop, tetapi kameranya adalah lebih baik.

    Apa pun, kita perlu menunggu berita rasmi pada hari pelancannya, dijangka akan berlangsung Mac ini. Adakah anda berminat dengan siri OnePlus 9? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured