More

    Inilah imej rekaan OnePlus Band, gelang pintar pertama dari OnePlus

    OnePlus mungkin tidak asing lagi dengan keluaran telefon pintar andalannya. Setelah memajukan diri dalam industri telefon pintar kelas pertengaha, dan fon telinga, OnePlus telah dilapor bakal melancarkan OnePlus Band. Terkini, terdapat sumber yang telah mendedahkan imej rekaan OnePlus Band.

    Pendedah maklumat terkenal ini telah memuat naik sebuah ciapan di laman Twitter dan mendakwa ianya adalah OnePlus Band, gelang pintar pertama dari OnePlus. Melalui gambar, anda dapat melihat pilihan warna seperti kelabu-jingga, hitam dan biru. Anda juga boleh melihat rekaan talinya.

    Terdahulu, Android Central telah mendedahkan bahawa OnePlus Band bakal memiliki jangka hayat bateri sehingga beberapa hari, tahan air dan mempunyai skrin AMOLED.

    Apa pun, setakat ini kami masih tidak mempunyai maklumat tentang tarikh pelancarannya. Adakah OnePlus Band mampu bersaing dengan gelang pintar dari jenama lain seperti Xiaomi Mi Band? Beritahu pandangan anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Techradar

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured