More

    Inilah rupa kereta elektrik Dyson yang bakal digilai seperti vakumnya

    Mungkin sebelum ini anda mengenali jenama Dyson dengan produk popularnya seperti mesin vakum rumah yang menjadi kegilaan kebanyakan warganet. Sebenarnya, Dyson pernah mempunyai projek automobil seperti kereta, namun diberhentikan pada Oktober lalu. Terkini, rekaan prototaip kereta elektrik berjenama Dyson itu tular melalui sebuah temubual bersama James Dyson, pengasas jenama tersebut.

    Prototaip kereta melalui kod nama “N526” tersebut merupakan kenderaan dengan tujuh tempat duduk, tampil dengan badan aluminium sepanjang 5 meter, selebar 2 meter bersama ketinggian 1.7 meter. Jika anda ingin membayangkannya, anda boleh membayangkan reka bentuk Range Rover dengan kuasa elektrik. Rekaan dalamannya ialah seperti konsep futuristik, sememangnya melambangkan imej moden. Apa yang menariknya, SUV elektrik ini mempunyai paparan seperti hologram yang menggantikan dashboard.

    ‘Dashboard’ yang kosong digantikan dengan paparan seperti hologram
    Dokumen rekaan pada tahun Oktober 2019 yang lalu

    SUV sporty ini hadir dengan bateri dalam keadaan pepejal yang mampu memberi prestasi sehingga 600 julat batu dalam sekali pengecasan. Walaupun dengan berat 2.6 tan, sumber melaporkan ia mampu bergerak 62MPH dalam 4.8 saat dengan kelajuan paling tinggi 125MPH (lebih kurang prestasi Land Rover Range Rover SVAutobiography). Prestasi yang dinyatakan berpunca daripada motor elektrik 200kW. Bagaimana prestasi ini diketahui? Sebenarnya pengasas Dyson sendiri telah uji pandu pototaip tersebut.

    Walaupun projek kereta ini masih tidak diteruskan, namun ia membuka peluang kepada syarikat automobil lain untuk mencuba bateri pejal buatan Dyson yang didakwa lebih kompak berbanding sel litium ion terkini. Apakah anda ada memilik sebarang produk Dyson? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

    Sumber: engadget

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured