More

    Insta360 Ace Pro 2 kini rasmi dengan kamera talaan Leica, harga bermula RM1,899

    Insta360 baru sahaja melancarkan model terbaharu Ace Pro 2 dengan pelbagai ciri inovatif dan menawarkan pengalaman penggambaran yang lebih baik serta lebih mudah untuk penggemar aktiviti luar. Ace Pro 2 dilengkapi dengan sensor 1/1.7 inci yang membolehkan resolusi rakaman sehingga 8K.

    Kamera ini juga menyokong penggambaran 360 darjah dan sistem penstabilan yang dipertingkatkan. Ditambah dengan teknologi AI terkini, Ace Pro 2 boleh mengesan dan menjejaki subjek dengan tepat. Daripada segi rekabentuk, Ace Pro 2 mempunyai badan yang lebih ringan dan kompak menjadikannya mudah dibawa ke mana sahaja.

    Ia juga menampilkan rating IPX8 dan boleh berfungsi di dalam air sehingga kedalaman 12 meter tanpa perlu menggunakan sarung tambahan. Untuk sambungan, kamera ini dilengkapi dengan Wi-Fi dan Bluetooth. Pengguna boleh menghubungkan Ace Pro 2 dengan aplikasi Insta360 untuk mengedit dan berkongsi video secara langsung ke platform media sosial.

    Di Malaysia, Ace Pro 2 kini boleh didapati melalui kedai Shopee rasmi Insta360. Harganya bermula daripada RM1,899 untuk Standard Bundle yang termasuk kabel USB-C, pelekap, bateri, penutup mikrofon. Terdapat juga Bundle Dual Battery yang bermula daripada RM1,999. Terdapat juga pilihan untuk kad SD 64GB atau 128GB dengan kos tambahan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured