More

    Insta360 Flow 2 Pro rasmi dengan Penjejakan Berbilang dan Grid Pembingkaian Pro, harga bermula ~RM720

    Insta360 telah mengumumkan pelancaran penstabil telefon pintar terbaharunya, Insta360 Flow 2 Pro. Gimbal ini digambarkan sebagai penstabil telefon pintar berkuasa AI generasi baharu yang serasi dengan Android dan iOS.

    Salah satu ciri utama Insta360 Flow 2 Pro ialah penggunaan Apple DockKit yang membolehkan penjejakan subjek asli dalam aplikasi kamera iPhone dan lebih daripada 200 aplikasi iOS pihak ketiga seperti Blackmagic.

    Ciri-ciri utama:

    • Teknologi Deep Track 4.0
      Menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk penjejakan subjek yang bergerak pantas sehingga zum 15x melalui Active Zoom Tracking. Selain itu, gimbal ini dilengkapi dengan Pro Framing Grid untuk membantu pengguna mendapatkan komposisi gambar berasaskan nisbah terbaik.
    • Penjejakan Pelbagai Orang
      Penstabil ini mampu menjejaki pelbagai orang secara serentak menjadikannya sesuai untuk penggambaran beramai-ramai.
    • 360° Infinite Pan Tracking
      Fungsi ini membolehkan rakaman panorama penuh tanpa gangguan dan memberikan fleksibiliti tambahan kepada pencipta kandungan.
    • Ciri Lain
      Gimbal ini turut dilengkapi dengan cermin swafoto, Mod Teleprompter dan menyokong Dolby Vision serta Apple ProRes untuk kualiti rakaman terbaik. Pengguna juga boleh mengawal peranti ini secara jauh menggunakan Apple Watch atau telefon pintar kedua.

    Insta360 Flow 2 Pro hadir dengan pemegang ergonomik yang lebih panjang dan kukuh bersama tripod serta tongkat sewafoto yang dipertingkatkan berbanding model sebelumnya. Dengan berat hanya 357g, ia dilengkapi bateri 1,100 mAh yang menawarkan masa penggunaan sehingga 10 jam dan memerlukan hanya dua jam untuk dicas penuh.

    Menariknya, gimbal ini juga boleh berfungsi sebagai bank kuasa untuk mengecas peranti lain. Insta360 Flow 2 Pro tersedia dalam dua warna, Stone Gray dan Summit White. Ia kini dijual melalui laman rasmi Insta360 dan Amazon.

    • Standard Bundle: USD 159.99 (~RM720)
    • Creator Bundle: USD 189.99 (~RM855)
    • Vlog Bundle: USD 194.99 (~RM878)

    Beritahu kami di Facebook jika berminat dengan Insta360 Flow 2 Pro dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Insta360

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...