More

    Insta360 Go 3S Retro Bundle tiba dengan “viewfinder” klasik bermula RM985

    Terbaharu, Insta360 telah memperkenalkan Insta360 Go 3S Retro Bundle iaitu satu pakej baharu yang menggabungkan kamera moden dengan pengalaman fotografi berinspirasikan era filem klasik. Walaupun telefon pintar telah lama menguasai pasaran kamera, minat terhadap gaya retro terus meningkat.

    Trend ini dimanfaatkan oleh Insta360 dengan pendekatan lebih unik untuk Go 3S yang menggantikan Action Pod digital kepada Retro Viewfinder. Ia merupakan sebuah dok pasif yang meniru pengalaman kamera filem lama dengan viewfinder pada bahagian atas dan cermin swafoto hadapan. Ia direka untuk menggalakkan rakaman yang lebih perlahan dan santai.

    Bundle ini turut menambah 11 profil warna terbina dalam termasuk lima gaya berasaskan filem seperti NC, CC, GR-F, Mono dan Vintage Vacation serta penapis khas seperti Negative Film, Positive Film dan Sticker Filter. Untuk sambungan, NFC Custom Skin membolehkan pengguna membuka aplikasi Insta360 hanya dengan mendekatkan peranti pada telefon untuk memudahkan pratonton, suntingan dan tetapan.

    Untuk kuasa, Action Pod digantikan dengan Battery Pack yang memanjangkan rakaman sehingga 76 minit manakala Magnet Pendant turut disertakan untuk rakaman POV bebas tangan. Ia ditawarkan sebagai alternatif penuh kepada Go 3S standard termasuk kamera, aksesori Retro Viewfinder, Battery Pack, NFC Skin, Magnet Pendant, tali, pelindung lensa dan kabel USB-C.

    Insta360 Go 3S Retro Bundle hadir dalam warna Canvas White dan Classic Red dengan storan 64GB (~RM985) dan 128GB (~RM1,064). Menariknya, ia lebih murah berbanding pakej biasa Go 3S, namun tidak lagi menyertakan Action Pod. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: insta360

     

    Artikel Terkini

    Anker Soundcore AeroClip 2 dilancar dengan cip AI THUS dan bateri 32 jam berharga...

    Anker melancarkan Soundcore AeroClip 2 dengan reka bentuk jenis klip terbuka yang dijana oleh cip pemproses khas AI THUS. Ia berfungsi memproses...

    CelcomDigi kemas kini pas perayauan, harga bermula RM10 dan panggilan percuma

    CelcomDigi mengumumkan pengenalan pas perayauan (roaming) antarabangsa baharu yang ditawarkan pada harga bermula RM10 untuk pelanggan prabayar dan RM30 untuk pelanggan pascabayar....

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured