More

    Insta360 X5 rasmi dengan penderia 1/1.28″, bateri lebih besar dan kanta boleh ganti

    Insta360 telah memperkenalkan model baharu kamera 360° dengan Insta360 X5 yang hadir dengan pelbagai penambahbaikan berbanding model sebelum ini. Antara ciri utama termasuk sensor bersaiz besar 1/1.28 inci iaitu 144% lebih besar daripada X3 dan X4 yang mampu menangkap lebih banyak cahaya untuk kualiti rakaman lebih jelas.

    Kamera ini turut dilengkapi teknologi PureVideo berasaskan AI yang mengurangkan bunyi dan tingkatkan julat dinamik ketika rakaman dalam keadaan cahaya rendah. Fungsi Active HDR kini menyokong sehingga 5.7K pada 60fps. Dengan cip AI 5nm dan dua cip Pro Imaging, kuasa pemprosesan meningkat sebanyak 140% berbanding sebelum ini.

    Satu lagi pembaharuan besar ialah lensa kamera kini boleh ditukar sendiri. Jika tercalar, hanya perlu tukar dengan kos sekitar $30 (~RM132) sahaja. Lensa ini diperbuat daripada kaca tahan calar dan turut disediakan pelindung lensa khas. X5 juga lebih tahan lasak yang kini dengan penarafan IP68 dan kalis air hingga 15 meter tanpa perlindungan tambahan.

    Sistem Wind Guard dan algoritma baharu juga membantu kurangkan bunyi angin semasa rakaman. Untuk rakaman video, ia menyokong 8K pada 30fps, 5.7K pada 60fps dan kini 4K pada 120fps. Fungsi InstaFrame membolehkan pengguna rakam dua video serentak, satu untuk terus dikongsi di media sosial dan satu lagi dalam format 360° untuk disunting kemudian.

    Bateri 2,400mAh baharu boleh bertahan hingga 187 minit pada mod 5.7K 24fps dan 88 minit untuk 8K 30fps. Ia juga menyokong pengecasan pantas dengan bateri mencapai 80% dalam masa 20 minit. Insta360 X5 kini boleh didapati di laman rasmi Insta360 serta di Amazon. Harga bermula sekitar $550 (~RM2,423) dengan pelbagai pakej ditawarkan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Insta360 X5 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Insta360

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...