More

    Instagram “2024 Year in Review” kini tersedia untuk dicuba!

    Instagram hari ini memperkenalkan ciri baharu “2024 Year in Review” yang membolehkan pengguna mencipta kolaj gambar daripada imej yang telah mereka kongsi sepanjang tahun. Ciri ini tersedia melalui antara muka cerita (Instagram Story).

    Menurut laporan The Verge, pilihan kolaj 2024 muncul apabila pengguna menambah imej dalam cerita, kemudian menyusunnya semula bersama gambar lain pada skrin. Selain itu, Instagram turut memperkenalkan templat bertemakan akhir tahun dan tahun baharu untuk ciri “Add Yours” dengan kesan teks seperti “Happy New Year” dan “Countdown” serta tema perbualan percutian untuk DM.

    Ciri-ciri ini juga disertakan dengan frasa rahsia yang apabila digunakan, akan mencetuskan kesan khas seperti animasi “Happy New Year”. Semua ciri sementara ini akan tersedia hingga minggu pertama bulan Januari 2024. Dengan pelancaran ini, Instagram berharap pengguna dapat meraikan kenangan indah sepanjang tahun dan menyambut tahun baharu dengan lebih bermakna.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Verge

     

    Artikel Terkini

    Samsung umum UFS 5.0 dengan kelajuan sehingga 10.8GB/s — Fokus AI pada peranti

    Samsung mengumumkan pembangunan storan UFS 5.0 generasi baharu yang menawarkan prestasi sehingga dua kali lebih pantas berbanding UFS 4.1 selain direka untuk...

    vivo lancar Concept Store baharu di Sunway Velocity Mall dengan pameran “imaging” tersendiri

    vivo Malaysia bakal membuka Concept Store baharu di Sunway Velocity Mall pada 27 Jun 2026 dengan membawa konsep lebih interaktif menerusi Immersive...

    Samsung kini pilih ChatGPT untuk bantu pembangunan produk dan operasi syarikat

    Samsung dan OpenAI kini mengembangkan kerjasama mereka ke peringkat baharu apabila Samsung dilaporkan akan menyediakan ChatGPT Enterprise dan Codex kepada semua pekerja...

    Tecno Camon 50 Slim tiba dengan 354 mini-LED belakang, skrin 144Hz dan ketebalan hanya...

    Tecno secara senyap-senyap telah menyenaraikan Camon 50 Slim pada laman global mereka yang mendedahkan hampir keseluruhan spesifikasi dan ciri telefon tersebut. Buat...

    Xiaomi YU7 GT jadi kereta pertama catat rekod pusingan tanpa pemandu di Nurburgring

    Litar Nürburgring Nordschleife di Jerman terkenal sebagai antara litar paling mencabar di dunia, tetapi kali ini ia menjadi lokasi percubaan yang berbeza...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...