More

    Instagram akan perkenalkan fungsi baharu untuk benarkan ibu bapa kawal aktiviti anak-anak

    Dalam usaha untuk menjadikan Instagram sebuah platform media sosial yang selamat untuk semua kategori umur terutamanya golongan remaja, Instagram bakal memperkenalkan fungsi baharu yang akan membenarkan ibu bapa untuk mengawasi kegiatan anak-anak mereka dalam media sosial tersebut.

    Ibu bapa dan penjaga boleh melihat jumlah waktu anak mereka meluangkan masa di Instagram serta menetapkan had masa. Di samping itu, remaja juga boleh memberitahu ibu bapa jika mereka melaporkan (report) akaun tertentu kepada pihak Instagram, supaya ibu bapa boleh berbincang dengan anak mereka berkenaan perkara tersebut.

    Instagram juga akan bangunkan panduan bagi membantu ibu bapa serta anak-anak mereka untuk mengamalkan penggunaan media sosial yang sihat.

    Di samping itu, Instagram telah melancarkan fungsi Take A Break pada hari ini di Amerika Syarikat, United Kingdom, Ireland, Kanada, New Zealand dan Australia. Ia bertujuan untuk menggalakkan pengguna berhenti melayari Instagram setelah mereka meluangkan masa yang terlalu lama dalam platform tersebut.

    Bagi mengelakkan remaja dihubungi oleh pihak yang tidak dikenali, Instagram akan menghalang pengguna dewasa untuk menanda (tag atau mention) nama remaja yang tidak mengikuti pengguna tersbebut.

    Selain itu, Instagram merancang untuk memperkenalkan fungsi yang akan mengalihkan tumpuan remaja kepada topik lain jika mereka telah meluangkan masa yang terlalu lama dalam satu topik di media sosial tersebut. Fungsi ini diharapkan boleh mengelakkan perbandingan sosial (social comparison) dan meningkatkan pengalaman positif tanpa mengabaikan kebebasan pengguna.

    Adakah anda bersetuju dengan langkah-langkah oleh Instagram ini? Kongsi pendapat anda tentang fungsi baru ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Instagram

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured