More

    Instagram benarkan “story” sehingga 60 saat

    Terdahulu, Instagram telah mengesahkan pengembalian suapan kronologi yang bakal dibawakan pada tahun 2022. Ia telah membuktikan bahawa platform itu mendengar maklum balas daripada penggunanya dengan membawa kembali urutan siaran yang paling disukai.

    Walau bagaimanapun, perkara lain yang pengguna inginkan pada masa akan datang ialah Cerita (Story) lebih lama daripada 15 saat. Menurut seorang pengguna, Instagram telah memberikan perhatian kepada maklum balas pengguna yang inginkan perubahan kepada story.

    Dia meminta Instagram untuk hasilkan story yang lebih panjang sehingga 60 saat dan story tersebut tidak perlu dibahagikan. Untuk pengetahuan, sebelum ini, video yang melebihi 15 saat perlu dibahagikan kepada beberapa klip untuk mencapai masa rakaman video tersebut selesai.

    Selain itu, Instagram juga boleh mencari cara baharu untuk membolehkan pengguna berinteraksi dengan story. Platform itu sedang menguji antara muka yang diubah suai bagi memudahkan untuk menyebut (mention) akaun lain atau menambahkan lokasi dalam story.

    Berikan komen di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: techradar

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...